Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah

PELAKON Tiz Zaqyah menegaskan dia tidak perlu sebarang kedudukan dalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyuarakan pendapat terhadap fungsi pertubuhan tersebut.

Tiz berkata, apa yang disuarakannya pada Rabu lalu mengenai isu yang sudah dan sering diutarakan oleh ahli-ahli lain setiap kali Mesyuarat Agung Seniman diadakan.

“Saya tak perlu posisi dalam Seniman. Cukuplah saya sebagai ahli. Ikhlas, sekadar bertanya dan memberi pendapat dan sudah tentu mewakili ahli yang lain.

“Saya tidak mencari salah, sebelum ini saya tidak pernah mempersoalkan perkara ini. Soalan-soalan saya telah dikemukakan berkali-kali dalam mesyuarat tapi tiada penyelesaian sehingga sekarang, menyedihkan,” tulisnya menerusi Instagram pada Jumaat.

Tiz mengulas tentang kenyataan Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi pada Khamis yang meminta pelakon Nur Kasih itu untuk menghadiri mesyuarat persatuan itu jika ada cadangan atau masalah.

Terdahulu pada Rabu, aktres berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap industri seni tanah air dan mempersoalkan fungsi persatuan berkenaan dalam menjaga kebajikan ahli.

Tambah Tiz, apa yang dimaksudkannya mengenai persatuan negara lain agar badan kebajikan artis di negara ini menjadikan mereka sebagai contoh untuk bergerak lebih baik.

“Saya bukan samakan tapi jadikan negara lain sebagai contoh dalam waktu bekerja, kesihatan dan kes kru meninggal di set. Berapa banyak kawan yang kita hilang kerana terlalu terbeban dengan kerja,” tulisnya.

Sementara itu, Tiz turut berasa kecewa dengan jawapan dan kenyataan Zed sebagai presiden dengan turut melabelkannya sebagai ‘banyak cakap’.

Katanya, Zed seharusnya menjadi contoh dan ketua yang baik kepada ahli-ahli Seniman.
“Dia sebagai ketua sepatutnya bersifat melindungi dan meyokong, bukan menuduh banyak cakap. Saya rasa tidak selamat kerana ada netizen yang serang saya secara peribadi,” ujarnya.

The post “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gjXWW1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.