Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganggur bertambah, jangan biar monopoli pekerja asing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganggur bertambah, jangan biar monopoli pekerja asing

MTEM berkata data menunjukkan kadar penggangguran berada pada tahap 3.5 peratus berbanding 3.4 peratus pada tahun lepas. — Foto oleh Yusof Mat IsaMTEM berkata data menunjukkan kadar penggangguran berada pada tahap 3.5 peratus berbanding 3.4 peratus pada tahun lepas. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 14 Okt — Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan permohonan pengambilan 100 peratus pekerja asing dalam sektor pembuatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Yazid Othman berkata ini kerana cadangan itu dilihat sebagai tidak praktikal dan bakal memberi kesan seperti pengurangan tenaga kerja mahir dalam negara terutama di sektor berkenaan.

Beliau berkata MTEM sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu sedia maklum kerajaan belum membuat sebarang keputusan meluluskan syarikat tempatan berorientasikan eksport untuk menggajikan 100 peratus tenaga kerja asing di kilang mereka berdasarkan pertimbangan mengikut permohonan.

“Biarpun pertimbangan itu hanya akan dibuat untuk penggajian pekerja di barisan pengeluaran sahaja,  yakni pekerjaan berkemahiran rendah dan bukannya untuk seluruh operasi kilang atau syarikat, namun ia perlu diperhalusi kerana bimbang sektor lain turut akan memohon pengambilan 100 peratus pekerja asing di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah berpendapatan tinggi, beliau berkata  ia tidak harus membuka jurang lebih besar terutama dalam kalangan tenaga buruh di peringkat bawah.

Ahmad Yazid berkata berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku pertama tahun ini menunjukkan kadar pengangguran berada pada tahap 3.5 peratus berbanding 3.4 peratus pada tahun lepas dan 3.1 peratus pada 2015.

Ahmad Yazid berkata kerajaan harus memberi perhatian khusus golongan ini dalam usaha memenuhi pasaran kerja sekali gus menambah bilangan pekerja mahir dalam pelbagai sektor yang tenaga buruhnya dipenuhi pekerja asing.

“MTEM berharap kerajaan tidak mudah terpengaruh dengan permintaan pihak berkepentingan  kerana  keutamaan kerajaan adalah membangunkan negara dan rakyat demi mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050,” katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini dilapor berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk  membenarkan pengambilan 100 peratus pekerja asing oleh syarikat yang menjalankan  aktiviti eksport bagi segmen pengeluaran supaya mereka dapat memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan. — Bernama



Sumber Penganggur bertambah, jangan biar monopoli pekerja asing

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVwdxy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.