Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lapan ekor anjing masuk masjid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lapan ekor anjing masuk masjid

Lapan ekor anjing masuk masjid
Rakaman CCTV yang menunjukkan sekumpulan anjing memasuki ruang masjid, 29 September lalu.
(Ubah saiz teks)
IPOH - Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu, 29 September lalu.

Kejadian sekitar jam 4.15 pagi itu melibatkan lapan ekor anjing.
Siak masjid, Muhammad Radzi Yaakub berkata, pihaknya mengesyaki perkara itu berlaku akibat kecuaian selepas melihat pintu belakang masjid tidak ditutup seperti biasa.
“Saya percaya, anjing ini masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak, semua pintu biasanya ditutup.

“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup pintu,” katanya.
Muhammad Radzi berkata, perkara itu berlaku buat kali pertama sejak masjid dirasmikan pada 2015 lalu.
“Ini kali pertama masjid ini dimasuki anjing. Saya percaya, anjing ini datang dari kawasan pembinaan berhampiran.

“Biasanya kumpulan anjing ini berada di deretan rumah kedai berhampiran.
“Saya minta pihak berwajib ambil tindakan bagi menangani masalah ini,” katanya.
Seorang lagi siak, Sulaiman Awang Mat, 60, berkata, kejadian anjing masuk ke masjid itu sungguh mengejutkan.

“Pagi Subuh tu, memang saya datang awal ke masjid dan ternampak kesan binatang masuk ke dalam masjid.,

“Bila tengok CCTV, baru saya tahu, binatang tu, anjing,” katanya.
Katanya, diharap orang ramai dapat memberi kerjasama untuk menutup pintu masjid.
“Kita nak letak notis, macam tak bersesuaian. Jadi diharap semua pihak dapat menutup setiap pintu masuk ke masjid bagi mengelakkan perkara sama berulang,”  katanya.

Dalam pada itu, pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata, pihaknya sudah merujuk perkara berkenaan kepada pihak berwajib khususnya berhubung soal pembersihan masjid.

Katanya, setelah meneliti rakaman CCTV, pihak masjid dimaklumkan pembersihan masjid hanya perlu dibuat menerusi kaedah biasa.
“Kami merujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.

“Jadi kami bersihkan menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya.
Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh memaklumkan akan mengambil tindakan berhubung masalah berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hGq0zk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.