Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk K Idam Timang Anak Perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk K Idam Timang Anak Perempuan

Berita kehamilan yang diumumkan Siti Nurhaliza semalam rata-rata menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa. Sudah mempunyai empat orang anak lelaki, penantian untuk menimang cahaya mata lagi termakbul dan kali ini Datuk K mengidamkan bayi perempuan pula.

BACA: 11 Tahun Usaha, Siti Nurhaliza Kini Hamil 4 Bulan

“Alhamdulillah, ini anugerah yang tidak ternilai. 11 tahun kami menanti, Allah berikan rezeki ini. Berkat kesabaran, Allah makbulkan doa. Diakui, sebelum ini kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk mengurut dan rawatan tradisional. Namun, tidak berjaya. Mungkin kali ini Allah berikan rezeki itu.

“Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu. Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula”

Dalam masa yang sama, Datuk K sempat berkongsi kerenah Siti sepanjang hamil. Katanya, setakat Siti tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk tetapi beliau tidak boleh berenggang lama dengannya. Kalau lewat sikit pulang dari kerja, pasti terus telefon bertanya, comel pula mereka ini.

“Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya. Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya. Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi sidang media semalam, Siti turut membuat pengakuan, beliau ada menjalani rawatan kesuburan beberapa kali di sebuah pusat rawatan dan akhirnya dikurniakan hamil empat bulan. Buat Siti, semoga kehamilan ini diberikan kesihatan yang baik buat ibu dan juga anak yang dikandung. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z7zcDZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.