Hi! Welcome Back and Stay Tune! “99% program BN menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak,” – Bekas pengerusi SPR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“99% program BN menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak,” – Bekas pengerusi SPR

6.35pm – Padang Timur: Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa mengambil alih pentas dengan mensasarkan “pemimpin BN yang korup”.

“Pada zaman dulu kita bersatu menghalau penjajah, tetapi hari ini kita ada penjajah daripada bangsa sendiri. Sekarang kita perlu bersatu untuk menentang penjajah ini,” katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, 99 peratus rancangan yang dijalankan BN adalah untuk menipu rakyat.

“Jangan terkejut, saya bekas pengerusi SPR. Saya berdiri di sini, sebab saya muak melihat kelakuan pemimpin kerajaan, yang dulu kononnya ‘bos’ saya.

“99 peratus rancangan (BN) diadakan untuk menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak,” katanya.

6.30pm – Padang Timur: Tinjauan mendapati himpunan kali ini gagal menarik golongan muda, apabila Padang Timur setakat ini dipenuhi golongan berusia.

Seorang wanita yang berusia sekitar 60-an berkata, ia kerana HARAPAN gagal menarik sokongan mereka.

“HARAPAN gagal memberitahu golongan muda apa yang mereka dapat daripada mereka, jadi mereka tidak berminat untuk hadir ke himpunan seperti ini,” katanya.

“Golongan muda hari ini tidak berminat dengan politik,” katanya yang meminta Malaysiakini merahsikan identitinya, kerana bekerja sebagai penjawat awam.

 

Aw Yeong Shin, 34, dari Kuala selangor pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Beliau yang telah menyertai banyak himpunan sejak lima tahun lalu berkata, anak muda yang dahulunya bersemangat kini sudah berasa putus asa.

“Sesetengah kawan saya yang menyertai himpunan pada tahun-tahun sebelumnya kecewa kerana tidak melihat sebarang perubahan. Jadi mereka tidak sertai lagi.

“Tetapi saya melihat ia sebagai tanggungjawab seorang warga. Kita perlu ambil berat tentang negara kita dan tidak mudah kecewa,” katanya.

Sumber: MK



Sumber “99% program BN menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak,” – Bekas pengerusi SPR

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFnb7z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.