Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berhenti main #PassOutChallenge, boleh sebabkan strok atau maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berhenti main #PassOutChallenge, boleh sebabkan strok atau maut

SEMALAM tular sebuah video tentang ‘permainan’ terkini pelajar di asrama, yang dipanggil #PassOutChallenge atau menekan dada dan 'mati selama lima saat'.

Permainan gila berasal daripada media sosial tersebut semakin popular di Malaysia selepas mencetuskan kebimbangan dialam kalangan ibu bapa di Indonesia sejak awal tahun ini.

Kegilaan terkini remaja itu telah dikritik hebat oleh pengguna laman sosial dan meminta warden asrama memantau aktiviti anak-anak di asrama.

Menerusi sebuah video berdurasi 25 saat yang tular semalam, menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.

Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar.

Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora menyifatkan perkara tersebut sebagai kerja gila dan keterlaluan.

“Itu kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok.

“Gurauan yang keterlaluan kerana mereka boleh mati sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.

"Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

"Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian," katanya.

Pada March 2016, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran ‘pass out challenge’.

‘Pass-out-challenge’ adalah permainan yang memerlukan pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.



Sumber Berhenti main #PassOutChallenge, boleh sebabkan strok atau maut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2giaxJ2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.