Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amir (Ukays) Bergantung Lagu Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amir (Ukays) Bergantung Lagu Lama

BEKAS vokalis kumpulan Ukays iaitu Amir mengakui dia masih bergantung kepada lagu-lagu lamannya ketika membuat persembahan bagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Amir berkata, ia berikutan kesukaran untuk mendapatkan lagu baharu yang berkualiti dan sesuai dengan cita rasanya.

“Saya tidak kisah pun tiada lagu baharu kerana ketika bersama Ukays ada lebih 10 buah lagu popular dan lagu-lagu itulah yang memberi rezeki kepada saya.

“Kalau buat single baharu tetapi tidak memberi impak, tiada guna juga,” katanya .

Dalam pada itu, Amir berkata, dia dirisik oleh ahli kumpulan lamanya iaitu Amy yang juga gitaris Ukays untuk kembali sebagai vokalis kumpulan berkenaan.

Menurut Amir, dihubungi bagi meminta pandangan dan hala tuju kumpulan itu yang dilihat semakin hilang arah.

“Amy ada hubungi, tapi saya minta dia datang jumpa sebab saya tak boleh buat keputusan dalam telefon.

“Saya ada benda nak cakap dengan dia, nak bangunkan dia dari mimpi,” ujarnya lagi.

Amir juga mengakui mengikuti perkembangan seni Ukays melalui laman sosial walaupun sudah tidak bersama mereka lagi.

Dia yang meninggalkan kumpulan itu pada 1997 berkata, Ukays seolah-olah tidak berkembang semenjak dibentuk semula dengan ahli baru.

“Entahlah, Saya tengok mereka macam tiada perubahan, Ukays pun sudah tidak gah seperti dahulu,” katanya.

\

The post Amir (Ukays) Bergantung Lagu Lama appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFDZjM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.