Ziyad saran sukan sebagai rutin harian
Beliau berkata antara perkara yang boleh dilakukan ia dengan bangun tidur awal.
"Sebagai atlet memang kami bangun awal pagi dan menjalani latihan sehingga 11 pagi. Ia merupakan rutin harian kami. Saya syorkan orang ramai agar bangun awal pagi untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
"Ia bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri, tetapi minda kita akan lebih cergas dan dapat menjalankan rutin harian dengan lebih lancar," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.Atlet terjun Cheong Joon Hoong berharap orang ramai meneruskan aktiviti sukan bagi memastikan kesihatan diri mereka terjaga.
Ramai atlet negara menyertai HSN yang mengadakan aktiviti antaranya berbasikal, larian, bola jaring, bola keranjang, futsal, sukan tradisi dan aktiviti kecergasan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengambil bahagian dengan melakukan acara kayuhan basikal '30 Kilometer Fit Malaysia'.
-- ERNAMA
Sumber Ziyad saran sukan sebagai rutin harian
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynrusd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment