Annuar: DAP dominasi PH, sekularisme mungkin lebih luas
KOTA BARU, 14 Okt — Dominasi DAP yang terserlah dalam Pakatan Harapan (PH) memungkinkan dasar sekularisme terus diperluas dalam parti gabungan pembangkang itu, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata dalam pakatan tersebut, DAP ialah sebuah parti dominan yang dipercayai menetapkan dasar pakatan tersebut.
"DAP yang menetapkan dasar dalam kelompok tersebut dan dituruti parti yang lain. Soal jawatan hanyalah perhiasan kerana kuasa dalam politik adalah siapa yang kuasai lebih ramai dalam kelompok tersebut.
"Kita tidak nafikan walaupun ketua pembangkang (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) adalah PKR, walaupun pengerusinya Tun Dr Mahathir (Mohamad) (daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tetapi yang menguasainya tetap DAP," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Siri Jelajah Perjuangan For All Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu di sini, hari ini.
Majlis dialog itu dihadiri lebih 600 pentadbir serta warga pendidik.
Sementara itu, mengulas tentang kira-kira 60,000 warga pendidik yang belum mendaftar sebagai pemilih, Annuar berkata jika benar, ia sesuatu yang amat malang kerana guru sering dijadikan ikutan masyarakat.
Katanya ia mungkin berlaku berikutan ramai orang berada dalam zon selesa dan merasakan cukuplah orang lain yang pergi mengundi.
"Ini sangat salah dan mereka perlu kembali kepada asas kebertanggungjawaban umat Islam kerana soal membentuk negara adalah fardu kifayah.
“Kita juga mungkin boleh kehilangan segalanya jika kita tidak berdaftar sebagai pemilih dan tidak keluar mengundi," katanya.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini mengesahkan seramai 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru di seluruh negara telah berdaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggesa baki kira-kira 60,000 atau 14 peratus lagi guru menyegerakan pendaftaran bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih. — Bernama
Sumber Annuar: DAP dominasi PH, sekularisme mungkin lebih luas
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylkU3u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment