Lelong Udang Harimau RM35 Satu Kg
Harga makanan laut memang agak mahal jika di bandar kerana stok yang terhad. Di Kerteh, Terengganu, udang harimau dilelong RM35 untuk satu kilogram (kg) di program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang berlangsung selama tiga hari iaitu 12 hingga 14 Oktober iaitu hari ini.
BACA: Viral Punya Pasal, 1 Hari 1 Tan Udang Celup Tepung Terjual
Biasanya, harga udang harimau dijual agak tinggi iaitu RM65 hingga RM70 sekilo tetapi jika anda membeli di program GNN anda boleh mendapatkannya separuh dari harga biasa. Murah bukan?
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk M Saedon Ab Majid menyatakan tiga tan makanan laut dilelong di program tersebut dengan potongan 20 peratus hingga 50 peratus.
Menurutnya, acara lelongan berlangsung selepas pelancaran program oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bukan itu sahaja, pelbagai acara menarik terdapat di sana seperti pertunjukan akrobatik udara, demonstrasi masakan dan aktiviti beli-belah.
Selain itu, GNN turut dimeriahkan dengan 133 gerai jualan hasil tani dan hasil laut, 43 gerai pameran serta 10 kaunter perkhidmatan agensi kerajaan.
Walaupun cuaca hujan renyai, pengunjung tetap datang menyertai program berkenaan. Malah, ada pengunjung datang dari Kuala Lumpur untuk membeli hasil laut di sana.
“Tadi saya beli minyak masak lima kilogram pada harga RM19 dan ikan tongkol RM5 seekor,” ujar pengunjung, Syuhada Razali, 42 tahun yang kebetulan balik kampung di Paka dan membeli barangan di program itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Hanis Zalikha Kongsi Resepi Butter Prawn
Nasi Lemak Lobster Gegarkan Singapura
Masakan Ini Buat Fazley Jadi Duta Pelancongan Halal Taiwan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Udang Buttermilk Telur Masin Yang Padu Gila!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yp0ety
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment