Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim

PUTERA dan waris Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilahirkan, hari ini, dinamakan sebagai Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui kenyataan media, berkata pemilihan nama itu adalah atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor seperti berikut.

“Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu keluarga Diraja Johor, memperoleh perkhabaran gembira apabila isteri Tunku Ismail, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera mereka, di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), pagi ini.

Pengumuman kelahiran terbabit dikeluarkan menerusi kenyataan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor menerusi Facebook (FB) Johor Southern Tigers (JST).

Pada 25 Jun 2016, Che’ Puan Khaleeda melahirkan cucu sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, pada 9.17 pagi di HSA.

Sementara itu, Tunku Ismail pernah dalam satu status di Facebook meluahkan isi hatinya terhadap adindanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, dua tahun lalu.

Tunku Ismail menganggap Tunku Abdul Jalil sebagai seorang yang berhati mulia dan kerap membuatkan keluarganya tersenyum akan membawa nama adindanya itu oleh warisnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gEZCpU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.