Selepas baca review ini, anda pasti mahu menonton Tombiruo!
Penulisan ini ditulis saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.
Epik! Sukar diungkap dengan kata-kata. Just Wow! Wow! Wow! Tanpa segan silu dan rasa bersalah, aku kasi 5/5 untuk ini filem. 5 minit awal mula, memanjang mulut aku terlopong dek powernya babak yang dipaparkan.
Gunung Kinabalu yang cantik ya amat, aliran sungai yang jernih serta bersih, lalu disitu munculnya seekor pepatung yang berterbangan di sisi air yang mengalir.
Kemudian, kau akan disajikan dengan satu babak yang mendebarkan. Ia antara scene lawan yang paling hebat pernah aku saksikan! Hujan lebat, air melimpah sehingga paras pinggang, di situ tercetusnya satu pertempuran 2 lelaki menggunakan senjata tajam.
Ya Tuhan! Berdebar jantung kau saat ini. Sedang 2 orang lelaki ini berlawan, Tombiruo lahir dalam keadaan yang mencemaskan dan dramatik. Bayi ini selamat dilahirkan, ibunya pula meninggal dunia.
Di luar, perlawanan 2 lelaki berkenaan telah berakhir. Seorang dari mereka mati ditetak senjata musuhnya. Lalu, lelaki yang masih hidup bergegas mendapatkan Tombiruo yang baru lahir. Beliau mahu membunuh bayi kecil yang baru dipotong tali pusatnya!
Kau akan semakin cemas! Oh Tuhan, tolonglah anak yang tak bersalah ini! Wanita bergelar bobolians yang menjadi bidan menyambut kelahiran bayi ditolak dan dihentak sekuatnya oleh lelaki berkenaan.
Lelaki itu menghampiri Tombiruo, parang digenggam kemas mahu menetak bayi kecil ini! Bayi yang lahir dengan raut wajah hodoh ini wajib dibunuh!
Ketika itu, bobolians bangkit, mencapai satu senjata dan menyerang lelaki berkenaan! Akhirnya, manusia bangsat itu berjaya dibunuh. Selamatlah si anak kecil.
Wanita tua itu tahu budak ini memiliki satu kuasa yang tidak terhingga. Tombiruo dan hutan saling berkait antara satu sama lain. Maka, beliau meletakkan si kecil di dalam perahu, lalu menghanyutkannya mengikuti aliran sungai.
Aduh! Derasnya air! Budak baru lahir tu! Perahu dihentam batu, air semakin deras. Air sungai sedikit demi sedikit masuk ke dalam sampan mengenai anak kecil. Allah, kesiannya!
Air semakin laju dan menggila. Ternyata, dihadapannya ada air terjun yang bakal menghancur luluhkan Tombiruo. Tiba-tiba, satu keajaiban terjadi. Hutan menolong anak kecil ini!!
Entah dari pelusuk mana, akar-akar kayu muncul. Ia membelit perahu yang menempatkan Tombiruo dan menariknya ke tebing sungai. Alhamdulillah, selamat budak tu.
Kesejukan barangkali, si kecil menangis dengan kuat! Tangisan beliau didengari oleh seorang lelaki yang sedang menangkap ikan menggunakan bubu.
Perasaan kasihan dan simpati hadir dalam diri. Anak kecil ini harus dilindungi, dipelihara, dididik, diajar ilmu persilatan serta 'bergabung' dengan hutan.
Kau akan melihat anak ini semakin membesar. Tubuh badannya tumbuh sihat, katang dan lincah. Itulah Ejim aka Tombiruo!
Apa macam? Yang aku tulis tu baru adegan 5 minit dalam filem. Kahkahkah. Movie yang berdurasi 1 jam 55 minit ini dirasakan begitu pantas berlalu. Sedar-sedar dah habis.
pelakon dalam filem ini :
Zul Ariffin : Beliau bawa watak Ejim aka Tombiruo. Skrip sikit sahaja, namun aksinya hanya Tuhan yang tahu. Khabarnya, beliau sanggup turunkan berat badan berkilo-kilo demi dapatkan tubuh badan sedemikian. Tombiruo memakai topeng. Tidak langsung digambarkan wajah hodoh itu bagaimana. Cukuplah para penonton berimaginasi wajahnya seperti mana pembaca Novel Ramlee Awang Murshid sebelum ini. Aku bagi 10 bintang untuk Zul Ariffin. Inilah lakonannya yang paling mantap di dunia!
Farid Kamil : Sebelum aku komen tentang watak yang dijayakan, aku mahu kasi 10 bintang juga untuk beliau. Ternyata, lakonan beliau dalam filem ini sangat menjadi. Babak pertarungan beliau dengan Tombiruo terlihat profesional. Beliau juga sanggup habiskan masa belajar ilmu persilatan demi filem ini. Hasilnya sungguh gempak!
Nabila Huda : Tak payah ulas panjang. Mana-mana watak yang Abil pegang pasti menjadi. 10 bintang juga!
Datuk M. Nasir : Kau gila aku nak ulas lakonan otai ni? Walaupun lakonan beliau hanya beberapa minit, namun sangat hebat dan mantap. Intonasi suara, mimik muka, lenggok badan semuanya menjadi. Eh! Terulas pula.
Faizal Hussein : Bapa angkat yang menjaga Ejim/ Tombiruo. Sama seperti M.Nasir, watak beliau juga tak lama. Apa lagi yang boleh aku katakan tentang beliau. Memang terbaik. Beliau menjadi nadi untuk filem ini. Kata-kata dan nasihatnya benar-benar tertanam dalam sanubari si Tombiruo. Benarlah, cinta itu satu kuasa agung, andai ia dipacu pada tempat yang betul. Kerana cinta yang disemai dalam diri anak angkat beliaulah, Ejim menjadi manusia!
Hasnul Rahmat : Lakonan mantap! 1 watak dengan 2 karekter yang berbeza. Kau akan rasa 'teruja' mengikuti perkembangan watak beliau dari nobody kepada somebody. 10 bintang!
Wong : Itu nama watak. Nama beliau sebenar tak tahu pula aku. Haha. Hebat beliau ni. Psiko habis. Eloklah akhir hayat mati dengan tragis. Haha
Banyak pula kalau nak ulas lakonan actor dan actress lain. Cukuplah kalau aku katakan, setiap dari mereka telah berikan mutu lakonan yang terbaik sepanjang karier mereka.
Tahniah team Produksi Tombiruo! Kalian telah mengangkat filem Malaysia setaraf filem antarabangsa dan menjadikan karya novel Ramlee Awang Murshid dalam kelas tersendiri!
Kau yang baca review aku ni, pergilah ke panggung. Filem macam ni memang kena support. Tak kisahlah kau Melayu ke, Cina ke, India ke, Orang Asal ke, Bumiputera Sabah Sarawak ke, semualah. Pergi tonton tau! Tag kenalan kau kat ruangan komen. Ajak mereka beramai-ramai tonton.
Aku harap filem ini mendapat kutipan melebihi 30 juta, menembusi pasaran antarabangsa dan diingati oleh rakyat Malaysia walau 100 tahun akan datang.
Trailer
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJvN1T
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment