Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laman Facebook rasmi Shell diserang netizen kerana terang-terangan bersikap biadap mempromosi LGBT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laman Facebook rasmi Shell diserang netizen kerana terang-terangan bersikap biadap mempromosi LGBT

PUTRAJAYA – Laman Facebook rasmi milik Shell teruk diserang oleh pengguna media sosial dari seluruh dunia yang membantah keras kempen terbaharu syarikat minyak gergasi antarabangsa,

 

 

Laman Facebook rasmi Shell diserang netizen kerana terang-terangan bersikap biadap mempromosi LGBT

Laman Facebook rasmi Shell diserang netizen kerana terang-terangan bersikap biadap mempromosi LGBT

 

Ini kerana firma multinasional yang berpangkalan di Belanda itu secara terbuka biadab mempromosi sokongan terhadap mana-mana pengamal tingkah laku songsang ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ (LGBT).

Akibatnya kurang 24 jam kemudian, laman Facebook Shell yang menukar logonya dengan berlatar belakang bendera pelangi LGBT, mulai ‘dihujani’ lebih 400 perkongsian dan ratusan netizen meninggalkan komen protes mereka.

Kempen terkutuk amalan kaum Sodom ketika zaman Nabi Luth itu menyebabkan rata-rata netizen kesal dan marah dengan Shell, sekali gus menggesa penggunanya berhenti daripada membeli minyak dan produk syarikat terbabit.

I won’t buying Shell anymore,” tulis seorang pengguna media sosial yang hanya mahu dikenali sebagai Amy Ames manakala netizen dengan nama sebagai Gerald Murray menukil catatan: “No more Shell products for me.

Sementara itu, seorang lagi pengguna laman sosial iaitu Farid Hamidi Ramli turut menggesa orang ramai khususnya pelanggan tetap Shell supaya segera memboikot syarikat berusia 110 tahun tersebut khususnya stesen minyaknya.

“Saya fikir Shell adalah syarikat yang berpelajaran. Mereka patut fikir sebaiknya mengenai isu ini,” katanya. Ada juga netizen yang mencadangkan Shell, sekali pun mahu sokong LGBT, adalah lebih elok dibuat secara senyap.

OMG. Banning this company from my car. If you want to support anything critical like this at least dont make it public. And now face the consequences of you idiotic following,” tulis seorang pengguna bernama Jay Howard.

Menerusi laman web Shell Global, syarikat itu menyatakan keprihatinan dan sokongan terhadap LGBT sekali gus membenarkan golongan berkenaan menjadi sebahagian daripada kakitangannya.

“Di Shell kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang, begitu juga dengan perniagaan.

“Apabila staf cemerlang, kami juga cemerlang. Atas sebab itu, kami berbangga sokong kakitangan LGBT kami, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa ambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” kata Shell.

Syarikat antarabangsa dengan 93,000 pekerja itu turut menubuhkan ‘Shell LGBT Network’ sebagai ruang sokongan untuk memudahkan golongan LGBT mencari keyakinan diri mereka daripada ancaman diskriminasi ketika bekerja.

Menurut Shell, rangkaian LGBT itu pertama kali ditubuhkan di Shell Amerika Syarikat pada 1997 diikuti di seluruh dunia termasuk Britain, Belanda, Kanada, India dan terbaharu di Afrika Selatan.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Laman Facebook rasmi Shell diserang netizen kerana terang-terangan bersikap biadap mempromosi LGBT

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yichsQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.