Zamihan dibebas dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR, 14 Okt ― Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) yang ditahan bagi membantu siasatan kes hasutan sudah dibebaskan hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan Zamihan Mat Zin dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, lapor Berita Harian.
“Beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya,” kata Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Zamihan direman dua hari bagi membantu siasatan kes Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau ditahan Khamis lalu berikutan ceramahnya yang didakwa ada unsur perkauman dan menghina sultan Johor pada Ahad.
Sumber Zamihan dibebas dengan jaminan polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ylkPNe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment