Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tewas 1-2 kepada India, Malaysia naib juara hoki Piala Asia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tewas 1-2 kepada India, Malaysia naib juara hoki Piala Asia

Skuad hoki negara tewas tipis 1-2 kepada pasukan India dalam perlawanan akhir Piala Asia. — Foto ihsan Twitter/My Team Mas

Skuad hoki negara tewas tipis 1-2 kepada pasukan India dalam perlawanan akhir Piala Asia. — Foto ihsan Twitter/My Team MasKUALA LUMPUR, 22 Okt — Harapan skuad hoki negara untuk muncul juara Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 buat kali pertama berkecai setelah dikecewakan India pada aksi final di Stadium Hoki Nasional  Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh, malam ini.

Skuad bimbingan Stephen van Huizen yang buat kali pertama melangkah ke pentas final tewas tipis 1-2 dalam perlawanan sungguh mendebarkan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah saluran televisyen berbayar negara.

Skuad negara ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama hasil jaringan padang oleh Ramandeep Singh seawal minit ketiga sebelum Lalit Upadhyay menggandakan jaringan pada minit ke-29 juga menerusi jaringan padang.

Bermula babak kedua barisan pemain negara mula memperkemas permainan serta melancarkan serangan bertali arus ke kubu India namun sering kali dikecewakan dengan kawalan ketat barisan pertahanan India yang menggagalkan usaha pemain negara yang diketuai oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Muhammad Shahril Saabah memberi sedikit kegembiraan buat kem negara apabila  meledak jaringan padang setelah menerima hantaran dari luar kotak penalti oleh rakan sepasukan pada minit ke-50.

Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan skuad negara terpaksa berpuas hati untuk muncul naib juara kejohanan berkenaan.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan ini ialah tempat ketiga pada edisi 2007 di Chennai, India.

Kejohanan itu juga menawarkan satu slot kepada juara untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2018.

Malaysia bagaimanapun telah layak secara merit untuk ke Piala Dunia tahun depan yang dijadualkan berlangsung di Bhubaneswar, India. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Tewas 1-2 kepada India, Malaysia naib juara hoki Piala Asia

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xWIx5r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.