Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tikam Kawan Kerana KIsah Lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tikam Kawan Kerana KIsah Lama


Lelaki cedera ditikam kenalannya di dada dengan pisau di Jalan Tanjung Bendahara, di Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kejadian berlaku pada 7.30 pagi kelmarin.

Katanya, kejadian bermula apabila mangsa, 24, bertemu dengan suspek, 30, sebelum bertengkar akibat perselisihan faham lama.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak mengeluarkan pisau kecil sebelum terus menikam dada mangsa.

"Mangsa kemudian dibawa rakannya yang turut berada di lokasi kejadian ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.

"Akibat kejadian itu mangsa cedera di dada kanan namun keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Mohd Rozi berkata, keterangan mangsa sudah direkodkan dan saksi kejadian yang berada bersamanya ketika itu memberitahu punca kejadian berikutan perselisihan faham lama yang masih tidak selesai.

“Susulan kejadian itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya beberapa jam selepas kejadian.

“Suspek memberitahu sudah membuang pisau itu ke dalam sungai di Jalan Tanjung Bendahara.

“Dia kini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gUc3y1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.