Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUAN IBRAHIM PUN MAHU PAKATAN HARAPAN MENANG PRU 14? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUAN IBRAHIM PUN MAHU PAKATAN HARAPAN MENANG PRU 14?

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk membolehkan SPRM melaksanakan revolusi bagi menjadikan rasuah sebagai musuh utama negara, BN perlu dibuang terlebih dahulu.
Katanya, keperluan itu timbul kerana semua usaha yang wajar dilakukan oleh SPRM akan menjadi sukar selagi BN berkuasa.
Mengambil satu contoh, Tuan Ibrahim menegaskan, ketika ini masyarakat masih keliru mengenai tafsiran “hadiah” daripada pihak tertentu yang berkepentingan.
“Sumber kekeliruan rakyat terhadap rasuah adalah hasil daripada campurtangan BN dalam SPRM selama ini.
“Tetapi, selagi BN berkuasa, segala-galanya susah untuk SPRM bergerak seperti yang sewajarnya,”  ujar beliau lagi.
Apabila Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu dibuang daripada memerintah negara ini, siapa agak-agak yang ada dalam fikirannya paling layak jadi pengganti untuk mengambil alih Putrajaya?
Adakah Gagasan Sejahtera yang didalamnya ada Pas, Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia yang tidak begitu dikenali dan bertanding pula hanya 100 kerusi Parlimen saja?
Atau Pakatan Harapan yang bukan saja lengkap dianggotai parti-parti yang mewakili kepentingan semua kaum, bertanding hampir semua kerusi serta di dalamnya sedia dibarisi pemimpin-pemimpin ternama dan berpengalaman?
Lagi pun, siapa lagi selain Pakatan Harapan yang mempunyai iltizam tinggi untuk memerangi rasuah di mana dua daripada tujuh tawaran selepas 100 hari mengambil alih Putrajaya – memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh dan memerangi rasuah hingga ke akar umbi – adalah sangat-sangat jelas ke arah seperti yang disebut oleh Tuan Ibrahim itu.

Boleh kita ucapkan terima kasih awal-awal kepada Tuan Ibrahim?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gD2QKr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.