Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Penggabungan Syarikat Besar Dunia Yang Menemui Kegagalan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Penggabungan Syarikat Besar Dunia Yang Menemui Kegagalan

Penggabungan di antara syarikat merupakan salah satu taktik atau strategi perniagaan yang mempunyai beberapa tujuan. Antaranya termasuklah memonopoli pasaran sedia ada ataupun menyelamatkan sesebuah syarikat itu daripada musnah.

Sebagai contoh, dua syarikat kecergasan terbesar Asia Tenggara iaitu Fitness First dan Celebrity Fitness bergabung untuk tujuan-tujuan tertentu. Biasanya, rundingan akan dilakukan bagi mencapai persetujuan yang mana memberikan manfaat kepada syarikat terlibat.

Namun, tak semua cubaan bergabung akan berjaya seperti apa yang kami ingin kongsikan ini. Berikut merupakan 5 penggabungan syarikat-syarikat besar dunia yang menemui kegagalan.

1. Viacom dan MySpace

myspace menemui kegagalan bergabung dengan viacom

Myspace kini hanya tinggal kenangan sebagai laman sesawang media sosial popular yang secara tiba-tiba merudum jatuh selepas dibeli oleh News Corp. Namun, bukan News Corp sahaja yang bersaing untuk membeli Myspace.

Antara salah satu syarikat yang melihat masa depan yang cerah pada Myspace adalah Viacom. Pada tahun 2005, Viacom menawarkan RM1.93 billion untuk membeli Myspace. Namun ketika syarikat-syarikat lain sedang berunding untuk membeli Myspace, CEO Viacom iaitu Tom Freson sedang bercuti menyebabkan mereka dengan pantasnya kalah dalam pembelian tersebut. 

Disebabkan ini, Tom telah dipecat. Bagi syarikat-syarikat lain, semuanya juga tewas berikutan betapa cepatnya Myspace hilang populariti dan merudum.

2. Microsoft dan Yahoo

microsoft bergabung dengan yahoo bing 5nl3

Penggabungan ini agak pelik kerana ia berlaku setelah Yahoo tidak lagi menjadi pilihan pengguna. Pada tahun 2008, Microsoft menawarkan RM173 billion untuk membeli Yahoo. Disebabkan Yahoo yang sudah tidak popular, pasti anda jangka Yahoo akan menerima tawaran ini tanpa memikirkan apa-apa.

Tetapi tidak, ia tak berlaku. Rundingan dilakukan beberapa kali dan Microsoft menawarkan wang yang lebih tinggi kepada Yahoo namun tidak diterima. Kini, Yahoo seperti tidak lagi wujud dan baru-baru ini telah memberhentikan kakitangannya.

Kedegilan CEO Yahoo membuatkan mereka rugi berbilion-bilion ringgi. Setahun selepas tawaran daripada Microsoft, Yahoo mahu berunding dengan Microsoft untuk bergabung namun ia sudah terlambat kerana Microsoft menyedari kejatuhan Yahoo.

3. Comcast dan Disney

penggabungan walt disney dengan comcast

Untuk beberapa ketika, Comcast dan Disney adalah dua empayar media yang terbesar atas muka bumi. Jadi, dengan idea penggabungan syarikat ia pastinya membuahkan hasil. Pada tahun 2004, Comcast cuba untuk membeli Disney dengan jumlah RM209 billion.

Namun Disney secara langsung menolak tawaran itu atas sebab yang jelas. Keputusan Disney itu menjadi mimpi buruk kepada Comcast kerana ia memberi kesan kepada harga saham mereka.

Ia sangat memalukan sehinggakan Comcast menarik balik tawaran mereka. Kini Comcast merupakan syarikat media terbesar di dunia, diikuti oleh Disney di tempat kedua dengan aset 90 billion. 

Walaupun penggabungan ini gagal namun kedua-dua syarikat ini masih menjana pendapatan yang tersangat tinggi.

4. Skype dan eBay

skype bergabung dengan ebay gagal

eBay telah membeli Skype pada tahun 2005 dengan harga RM10 billion. Ketika itu, Skype menjana pendapatan yang sangat tinggi dan begitu juga dengan eBay, membuatkan orang ramai beranggapan ia akan berjalan dengan lancar bagi kedua-duanya.

Namun, Skype menjadi duri kepada eBay membuatkan eBay menjualnya kepada Microsoft dengan harga RM7.35 billion pada tahun 2009.

eBay sangat pasti pembelian ini mampu memperbaiki komunikasi di laman sesawang mereka dan kedua-dua teknologi ini boleh bergabung. Namun keputusan itu salah dan langsung tak menjangkakan mereka bakal mencipta sejarah kegagalan penggabungan syarikat terbesar di dunia.

5. Dynegy dan Enron

dynegy bergabung dengan enron corp

Kejatuhan Enron adalah sangat terkenal sebagai kejatuhan perniagaan terbesar dalam sejarah. Namun, kejatuhan ini mungkin boleh dielakkan jika penggabungan Enron berjalan dengan lancar.

Dynergy terkenal dengan keterlibatannya dalam beberapa gabungan perniagaan yang gagal. Sebagai sebuah syarikat tenaga, Dynergy bercadang untuk membeli Enron pada tahun 2001 dengan harga RM38.7 billion. 

Namun Dynergy menarik diri di saat-saat akhir, berkemungkinan disebabkan mereka tahu bahwa Enron bakal musnah, atau mungkin tidak mempunyai dana yang cukup. Walau apa pun sebabnya, Dynergy telah membuat satu keputusan yang sangat tepat mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa.

Rujukan:

1. CNN

2. CNBC

3. Eski

3. Reuters



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HahxR6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.