Hi! Welcome Back and Stay Tune! MBSB Bank Muncul Bank Islam Kedua Terbesar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MBSB Bank Muncul Bank Islam Kedua Terbesar



Asian Finance Bank (AFB) kini dikenali sebagai MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) selepas selesai pengambilalihan sepenuhnya Malaysia Building Society Bhd (MBSB), sekali gus menjadikan ia bank Islam kedua terbesar negara dengan jumlah aset RM43.7 bilion. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata pihaknya memahami kepentingan untuk menjadi institusi kewangan yang bergerak seiring dengan kepentingan pelanggan.

“Di bawah bank baru ini, kami komited untuk memberi penekanan kepada empat bidang utama iaitu kedudukan kewangan, pengalaman pengguna, saluran dan penyampaian produk yang inovatif serta pembangunan bakat,” katanya pada majlis pelancaran penjenamaan baru MBSB Bank di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Turut hadir ialah Pengerusi MBSB Bank, Tan Sri Abdul Halim Ali. MBSB Bank kini menggunakan ‘tagline’ ‘Sebahagian Dari Perjalanan And’.

Kelulusan pengambilalihan itu diperoleh selepas pemegang saham meluluskan resolusi pengambilalihan keseluruhan faedah ekuiti dalam AFB menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Nilai keseluruhannya pembelian adalah sebanyak RM644.95 juta dan pengambilalihan selesai pada 7 Februari lalu.

Ahmad Zaini berkata, selepas memuktamadkan proses pengambilalihan itu, MBSB kini menyasarkan menjadi bank Islam utama di negara ini. “Menerusi MBSB Bank, kami berpeluang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan patuh syariah lebih meluas seperti perbankan pengguna, perbankan perniagaan dan pembiayaan perdagangan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GzI8Gv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.