Kerana Gila Kuasa, Mahathir Dan Kit Siang Jadi Tidak Malu
Dua hari lepas seorang warga emas berusia 77 tahun yang terlupa dia dilahirkan di mana, membuat kacau dalam Dewan Rakyat. Kemudian, Speaker Dewan Rakyat bertindaklah menggantung warga emas 77 tahun itu selama 6 bulan. Namun semalam, warga emas itu muncul lagi di Parlimen. Membuat kacau dan cuba untuk membuat celahan.
Kemunculan warga emas itu di Parlimen semalam dianggap sebagai “hantu” sahaja oleh warga dewan. Tidak malu sungguh, usia sudah 77 tahun tetapi masih lagi buat perangai langgar peraturan dan berpenyakit tidak faham bahasa.
Memalukan sungguh. Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) telah digantung selama 10 hari oleh Parlimen pada Isnin selepas bersalah menghina institusi parlimen. Ketiga tiga orang ini tidak masuk ke Dewan Rakyat, mereka faham bahasa.
Namun warga emas yang bernama Kit Siang ini masuk juga ke Dewan Rakyat semalam biarpun digantung selama 6 bulan mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen bila enggan mematuhi arahan supaya berhenti mengganggu perjalanan persidangan. Sama jugalah seperti warga emas berusia 93 tahun yang masih lagi gila kuasa hendak jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Dia kata dia masih kuat sebab boleh bawa Porshe dalam hujan. Bawa kereta mahal siapa pun boleh, cuba bawa Viva tengok dalam hujan. Dalam usia 93 tahun, Mahathir nampaknya lebih sibuk mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mengarut dan melampaui batas agama.
Menuduh Dato Seri Najib dengan tuduhan tuduhan yang tidak benar, malah lebih teruk berkata Najib tidak sembah Tuhan tetapi sembah duit. Sudah terbukti siapa sebenarnya yang menghilangkan wang sebegitu banyak di Bank Negara suatu ketika dahulu. Pergi ke mana duit RM31.5 billion itu? Malah ada buku dedahkan kehilangan lebih besar lagi sampai RM100 billion di zaman Mahathir.
Siapa curi duit itu? Tidak malu sungguh bila hanya dengan selamba sahaja menjawab “tidak tahu” sahaja bila ditanya ke mana duit Bank Negara itu. Duit 1MDB tidak hilang, yang hilang adalah duit RM31.5 billion di zaman Mahathir. Baca pautan ini : https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1789965387690597
Sudah terjawab siapa sebenarnya yang kleptokrasi. Mahathirlah orangnya. Hari ini, bila Mahathir buat tuduhan itu dan ini, tidak ada pun bukti dan saksi. Sebenarnya Mahathir sedang bercakap dengan dirinya sendiri. Hendak buat macam mana, Mahathir tidak malu dengan skandalnya sendiri. Mahathir tidak malu anaknya sokong LGBT.
Mahathir tidak malu cucunya berdemo sokong LGBT di Sogo. Mahathir tidak malu cucunya berpeluk dengan anjing. Mahathir tidak malu bila didedahkan cucunya naik kapal layar mewah. Mahathir tidak malu dan tidak kisah bila rakyat tahu, kudanya makan karot sampai RM75,000 sebulan.
Kucing anaknya harga RM200,000 seekor. Kereta anaknya harga berjuta juta. Mahathir tidak malu skandal berbillion di zamannya terdedah. Mahathir tidak malu buat “u turn” banyak kali terhadap DAP dan Anwar Ibrahim. Tidak malu sungguh, dah umur 93 tahun masih hendak rakam video janda. Tengok sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1717248078370141&id=1122306847864270
Samalah juga dengan Kit Siang, warga emas 77 tahun yang tidak tahu malu. Kit Siang tidak malu cucunya pakai jam mahal berpuluh ribu. Kit Siang tidak malu anaknya songlap beratus juta duit terowong. Kit Siang tidak malu anaknya terlibat dengan kes rasuah. Paling teruk, Mahathir tidak malu hendak jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Tidak malu, biarpun sudah berusia 93 tahun tetapi masih lagi gila hendak pada kuasa dan kedudukan. Orang Afrika pun tahu malu. Orang Afrika pun tidak hendak Perdana Menteri yang tua, kerana malu. Mereka halau Mugabe yang berumur lebih 90 tahun daripada tampuk kuasa.
Namun di Malaysia, ada lagi warga emas berusia 77 tahun dan 93 tahun yang tidak tahu malu kepada rakyat Malaysia. Kerana gila kuasa, mereka jadi tidak malu. Memalukan sungguh.
Beruang Biru
Jumaat
30 Mac 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q2kg84
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment