Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jijik! Wanita Kisar Uri Dan Jadikan Jus 'Smoothie' Kemudian Hidangkan Pada Suami Dan Anak Sebagai Minuman ‘Kesihatan’.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jijik! Wanita Kisar Uri Dan Jadikan Jus 'Smoothie' Kemudian Hidangkan Pada Suami Dan Anak Sebagai Minuman ‘Kesihatan’..


HAMPSHIRE: Seorang wanita menyimpan 'placenta' atau urinya selepas kelahiran anaknya yang keempat sebelum 'dikitar semula' untuk beberapa tujuan.

Image result for Jay Woodall, 33

Ia termasuk dijadikan minuman 'smootie' untuk suami dan anak-anaknya.


Jay Woodall, 33 tahun, dari Fleet, Hampshire mendakwa tujuan pengambilan uri itu adalah untuk kesihatan.

Woodall membayar £30 untuk membawa pulang uri mentahnya itu untuk dijadikan 'smoothie', manakala bahagian lain dikeringkan untuk dijadikan pil kapsul, dengan kos tambahan £150.

Urinya itu dikisar dengan buah beri dan air kelapa untuk dijadikan 'smoothie' sebelum diberi anak dan suaminya minum. - Foto Jay Woodall / SWNS.com

Hasil perkahwinan bersama suaminya, Jon Woodall, mereka mempunyai empat anak, Logan, 9, Demitrius, 6, River, 4 dan Storm, 7 bulan.


Bagai obses dengan urinya, Woodall juga mengawet tali pusatnya dan dipintal berbentuk tulisan 'love'.

Uri Goodall juga dijadikan cenderamata sebagai tanda kenangan. - Foto Jay Woodall / SWNS.com
Biarpun mengakui menerima pelbagai reaksi tentang kelakuannya yang disifatkan 'jijik' itu, Woodall tidak mengendahkannya kerana berpendapat ia adalah hak peribadinya.

"Saya sedia mencuba sesuatu yang baharu jika ia memberi manfaat kepada kesihatan saya, badan saya, dan anak-anak saya," katanya.

Image result for Jay Woodall, 33

Trend makan uri yang diamalkan beberapa dekad lalu, nampaknya telah muncul 'kembali' dan menular ke negara maju seperti Amerika Syarikat kerana dipercayai berkhasiat.

Woodall mendakwa dirinya lebih bertenaga selepas pengambilan urinya itu.


Namun sehingga kini tiada kajian saintifik bagi membuktikan khasiat pengambilan uri dan kesannya.

Bagaimanapun, penggunaan uri dalam produk kecantikan bukanlah perkara baharu kerana dipercayai boleh menjadikan seseorang itu tampak awet muda.

Tetapi untuk makan uri sendiri? Memang loya bila membayangkannya!

Kredit: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jj5MIP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.