Ringgit Diramal Bawah RM3.80 Jika BN Menang
Ringgit dijangka mencecah bawah RM3.80 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. Jangkaan itu didorong oleh asas ekonomi negara yang sedia kukuh dan kemenangan BN bakal memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur.
Dengan mengambil kira pembangunan yang dijalankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang sembilan tahun memerintah, maka trend pengukuhan ringgit akan berterusan.
Ia bukan sekadar cakap kosong malah Ketua Pakar Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Selatan, Standard Chartered Bank, Edward Lee pada 30 Mac lalu meramalkan ringgit dijangka mencecah antara RM3.70 dan RM3.75 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada separuh kedua tahun ini.
Edward menyatakan demikian berdasarkan kepada pertumbuhan global yang telah meningkat berbanding beberapa tahun lepas disebabkan penurunan harga komoditi, dengan pertumbuhan pasaran pesat membangun yang selari dengan pasaran maju.
Dengan pengukuhan ringgit ini, Malaysia akan mengalami kesan limpahan positif termasuk kemasukan lebih banyak pelabur asing di negara ini. Namun ketika negara dalam usaha mengukuhkan ekonomi, pembangkang pula melemparkan pelbagai tohmahan jahat termasuk negara hendak bankrap, cuba menjual negara kepada China dan hutang yang tinggi.
Meskipun tuduhan itu tidak benar namun mereka hanya mahu memburukkan imej negara di mata dunia. Amat malang jika rakyat mengundi pembangkang kerana mereka hanya menabur fitnah sedangkan kerajaan mempunyai angka dan fakta untuk membuktikan perkembangan ekonomi negara.
Selepas kemelesetan ekonomi global pada 2008-2009, ekonomi Malaysia terus berkembang malah ketika harga minyak dunia mengalami kejatuhan, negara ini masih kukuh dengan ekonominya berkembang 4.2 peratus ketika itu.
Bukan itu sahaja, Bank Dunia juga telah membuat penilaian semula untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia bukan sekali tetapi sebanyak tiga kali. Ia berikutan pencapaian negara ini adalah di luar jangkaan.
Jadi apabila ada pembangkang yang cuba mempertikaikan kewangan negara, maka mereka sebenarnya mempertikaikan pengiktirafan badan antarabangsa yang telah memberikan penarafan `A' kepada Malaysia. Bukan mudah untuk Malaysia memperolehi penarafan berkenaan kecuali dibuktikan dengan perkembangan ekonomi negara dan itu yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Jika badan antarabangsa pun boleh dipersoalkan oleh pembangkang, maka tahulah kita bahawa mereka sebenarnya sengaja mahu memburukkan negara dan kerajaan. Mereka tidak berminat pun untuk mendapatkan penjelasan apatah lagi melihat kejayaan ekonomi Malaysia di bawah Najib.
Pembangkang inilah yang patut ditolak kerana kita mahu kerajaan BN di bawah pimpinan Najib meneruskan lagi kecemerlangan ekonomi negara. Ini bukan cakap kosong tapi adalah realiti dan kesinambungan daripada apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri ketika ini.
Beruang Biru
Selasa
3 April 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q3Ft1r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment