Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Warga Emas Maut Dirempuh Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Warga Emas Maut Dirempuh Kereta



Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Tulai, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ting Chiew Lang, 77, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bintangor, di sini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang berjalan kaki sebelum tiba-tiba berlari melintas jalan berkenaan. Menurutnya, pemandu kereta jenis Toyota Vios yang kebetulan melalui jalan tersebut kemudiannya gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar mangsa.

"Impak daripada rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah pada anggota badan. Mangsa kemudian dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Alexson lagi, pihak polis sudah merakam keterangan daripada pemandu kereta yang berusia 43 tahun itu untuk tindakan lanjut. Katanya, mayat mangsa sudah dituntut oleh keluarganya untuk urusan pengebumian. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GzNNMD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.