Rumah Nik Anis Ashira Dikawal
Kira-kira 60 penduduk melakukan rondaan dan berkawal di sekeliling rumah didiami seorang remaja, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian dekat sini tengah malam kelmarin bagi menangkap orang minyak yang mengganggunya.
Media yang meninjau rondaan itu turut menghidu bau busuk dan tengik bersama beberapa penduduk kampung yang dipercayai datang dari bawah rumah mangsa sehingga menyebabkan mereka mengalami batuk-batuk.
Namun, punca sebenar bau tersebut masih belum diketahui walaupun penduduk kampung telah memeriksa di kawasan bawah rumah mangsa. Bagaimanapun, sejurus terhidu bau tersebut, Nik Anis Ashira menjadi gelisah sebelum dia ditenangkan oleh ibunya, Tengku Hasnah Tengku Yusof, 43, dan seorang pengamal perubatan tradisional.
Tengku Hasnah berkata, dia yang bekerja di Kajang, Selangor bergegas pulang ke Kubang Kerian dengan menaiki bas ekspres sejurus mendapat panggilan telefon daripada adiknya berhubung serangan orang minyak itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uMebRR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment