Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempur 41 Kali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempur 41 Kali



POLIS terus menggempur aktiviti perjudian di Sarawak apabila melakukan 41 serbuan sepanjang minggu lalu bermula 26 Mac hingga semalam yang membawa kepada 52 tangkapan.

Daripada jumlah serbuan itu, perjudian nombor ekor terus mencatat jumlah serbuan tertinggi membabitkan 34 serbuan, manakala enam serbuan membabitkan perjudian siber dan satu serbuan membabitkan perjudian di tempat awam. Serbuan itu dilaksanakan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak serta 15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, JSJ IPK mencatat serbuan tertinggi dengan sepuluh di tiga daerah iaitu Kuching, Padawan dan Kanowit.

Beliau berkata, IPD Kuching dan Miri pula masing-masing dengan enam serbuan, Sibu (4), Padawan (3), Kota Samarahan dan Bintulu masing-masing dua, manakala Bau, Serian, Limbang, Betong, Marudi, Lubok Antu, Kanowit dan Meradong pula masing-masing dengan satu serbuan.

“Usaha membanteras perjudian dalam talian diteruskan dengan enam serbuan yang dijalankan di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai kepada kaki judi dalam talian.

“Serbuan itu dilakukan di Kuching, Miri, Kota Samarahan dan Meradong yang membawa kepada penangkapan enam penyedia perkhidmatan dan menyita lapan telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM2,706,” katanya.

Dev berkata, dalam aktiviti perjudian di tempat awam pula, satu serbuan dilakukan di sebuah kafe di Jalan Poh Yew, Sibu dengan empat individu ditahan. Daripada 52 yang ditangkap, 31 adalah lelaki manakala yang lain adalah wanita dan mereka berusia antara 17 dan 57 tahun. Seorang yang ditahan adalah warga negara asing kes sedang disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q36SR2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.