Intip Telefon Pasangan 'Satu Jenayah'
Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan masing-masing kerana ia kini dianggap sebagai satu perbuatan jenayah.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Penerangan Arab Saudi menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Menurutnya, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.
Peraturan itu sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa, minggu lalu. Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.
Langkah dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GC3AdC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment