Lelaki Maut Motosikal Terbabas Sendiri
Seorang pemandu Pejabat Kesihatan Beaufort maut selepas motosikal jenis Yamaha yang ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 3, Jalan Beaufort-Menumbok di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nurisin Pahun @ Paun berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd. Razak berkata, sebelum insiden berlaku mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lupak dekat sini.
"Sebaik tiba di lokasi motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu menyebabkan dia terjatuh di atas jalan raya. Kesan kemalangan ini lelaki terbabit mengalami kecederaan parah pada kepala," katanya hari ini.
Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Beaufort di sini untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GxpaQt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment