Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Cico Tak Bisu' - Uji Rashid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Cico Tak Bisu' - Uji Rashid



PENYANYI popular era 70-an, Uji Rashid meluahkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf. “Saya ingin tegaskan di sini, Cico tidak mengalami masalah seperti diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab. 

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” katanya

Cico atau nama sebenarnya Cico Harahap, 40, dikesan berdepan masalah kesihatan selepas keluar bertemu dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016. Dia dikatakan diracun dengan cara meletakkan sesuatu dalam minumannya. Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.

Pelbagai ujian turut melanda penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang dan Ku Ingin Selalu Disampingmu ini dan terbaru terpaksa memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana tidak mampu membayar sewa kondominium didiaminya sebelum ini dengan bayaran sewa lebih RM1,000 sebulan.

“Sudah banyak pengalaman saya tempuh. Kalau esok saya jatuh, hari seterusnya saya kena bangun kembali demi cucu dan anak saya yang tidak mampu ini. Faktor usia yang meningkat jadi faktor utama saya berbuat demikian, selain fikirkan kebajikan Cico dan cucu saya, Rindu Nur Fitrah,” katanya.

Menurut Uji, sebaik berita penderitaannya tular, dia didatangi pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon, namun terpaksa menimbangkannya kerana keadaan Cico yang memerlukan perhatian penuh. “Saya berterima kasih dan menghargai keprihatinan ditunjukkan.

Cuma, Cico memang perlukan rawatan secara berterusan dan kadangkala sukar untuk saya terima sesuatu tawaran,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uK0OSt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.