Punggah Tong Gas Kedai Terbakar
PENDUDUK Kampung Pukak, Kiulu, Tuaran, mengambil risiko berulang-alik ke dalam kedai koperasi di kampung itu yang terbakar bagi menyelamatkan lebih 30 tong gas, seterusnya mengelak berlaku letupan, petang semalam.
Dalam kejadian 6.15 petang itu, kedai koperasi menjual barangan runcit berkenaan musnah 95 peratus, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa. Penduduk, Martina Gilid, 48, berkata dia dan keluarganya pada mulanya mendapati kedai koperasi itu ditutup pada 5 petang, namun ada saksi lain melihat api kecil di dalamnya sebelum memaklumkan kepada penduduk yang bertugas menjaga premis berkenaan.
“Tidak lama selepas itu, api marak dan penduduk menghulurkan bantuan dengan mengangkat tong gas untuk dipindahkan ke luar koperasi untuk mengelak letupan,” katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Abd Qawie Abd Gapar, berkata sebaik menerima panggilan pada 6.17 petang, pihaknya menghantar 12 anggota bersama dua jentera ke lokasi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.
“Sebaik tiba, kedai koperasi itu musnah 95 peratus dan bomba mendapati lebih 30 tong gas berjaya diselamatkan penduduk untuk mengelak berlaku perkara lebih buruk. Bomba seterusnya memadam api sepenuhnya serta menjalankan pemeriksaan sebelum menamatkan operasi pada 7.42 malam,” katanya. Mohd Abd Qawie berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q2kxI8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment