Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cita Rasa Berbeza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cita Rasa Berbeza



Melalui pandangan mata kasar anda, memandang sebuah telefon pintar mungkin biasa dan tidak tertarik dengan mana-mana spesifikasi biarpun ia kelihatan hebat di mata pengguna yang mementingkan ciri luar biasa pada peranti terbabit. 

Pada anda, telefon pintar adalah telefon pintar dan ia tidak lebih daripada sekadar mesin yang membuat panggilan atau menerima WhatsApp. Evolusi telefon pintar terlalu banyak tertumpu kepada pembangunan cip seperti pemprosesan, jumlah memori, rekaan dan sebagainya sehingga kadangkala anda berasakan ia bukan lagi sebuah peranti yang menepati cita rasa anda.

Telefon pintar memerlukan revolusi baru, mungkin tidak hanya fokus pada rekaan melengkung tetapi kemudahan lain yang membezakan satu jenama dengan jenama lain. Oleh itu, langkah pengeluar seperti Huawei memperkenalkan dua model, Huawei P20 dan P20 Pro sememangnya menjadi titik pemula bagi evolusi baru kepada teknologi telefon pintar.

Bukan lagi berkisar mengenai antaramuka depan dan kamera semata-mata, ia kini set perkomputeran lengkap bersesuaian untuk semua golongan. Terdapat 10 ciri baru pada siri P kali ini yang cukup membezakannya dengan telefon pintar lain di pasaran sehingga kita boleh menggelarkannya mesin masa depan.

Antara yang diperhatikan termasuk:

1. Ciri kecerdasan pintar (AI) 

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan dua model P20 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda. Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara ‘online’ atau ‘offline’. Sehingga kini 50 bahasa disokong termasuk bahasa Malaysia hasil kerjasama Huawei dan Microsoft. Penggunaan terjemahan berdasarkan Google juga mampu diperoleh menggunakan AI nanti.

2. Mod PC 

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor. Namun lain pula dengan P20 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah cukup untuk menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru. 

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail. Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri. Operasinya lancar dan tidak memerlukan pindah turun lain yang menyusahkan serta boleh membaca fail utama.

3. Paparan tanpa sempadan 

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar ‘body’ saja apabila skrinnya pula tidak cukup memuaskan. Huawei P20 mempunyai skrin 5.8 inci 2244 x 1080 piksel FHD+ yang nisbah skrinnya 18.7:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game. P20 Pro pun begitu dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9.

4. Internet lebih laju 

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia. Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet yang pantas.

5. Dua kad SIM, semua 4G 

Kedua-dua model, P20 dan P20 Pro datang dengan dua slot kad SIM, agak biasa bagi telefon pintar bukan? Tetapi, uniknya apabila kedua-dua slot menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G bermakna jika satu ‘line’ anda dipotong, guna saja slot kedua untuk menempatkan kad SIM prabayar. Ia pertama kali diperkenalkan di dunia dengan ciri dwi 4G dwi VoLTE.

6. Takkan hilang isyarat GPS 

Huawei Geo dalam semua model mempunyai sensor navigasi pelbagai berdasarkan GPS, WiFi, G-sensor dan Gyro. Ia boleh mengekalkan posisi aplikasi berdasarkan GPS seperti Google Maps dan Waze meskipun tanpa isyarat, misalnya dalam terowong.

7. Bateri tahan lama 

Pada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam jam atau tujuh jam? Mengikut maklumat awal, P20 dan P20 Pro mempunyai penambahbaikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding model sebelum ini.

Bermakna, sekalipun anda pengguna aktif, ia masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari. Ia diproses secara AI pada bateri berkapasiti 3400mAh dan 4000mAh, pengurusan tenaga pintar dan pemprosesan rendah tenaga Kirin 970 membolehkan 22 jam main video, 22 jam pelayaran Internet, 25 jam panggilan berasaskan 3G atau 80 jam main muzik.

Untuk mengecas pula sudah pasti lebih pantas apabila mampu memperoleh 58 peratus bateri dalam tempoh 30 minit.

8. Kamera, perlu ke?

Perlukah kami bercakap soal kamera apabila ia membabitkan Huawei dan Leica? Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan apertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom. Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar ‘depth of field’ yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej akan diproses secara AI apabila ia akan mengesan sehingga 13 jenis objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret kemudian ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Ciri AI Swafoto pula mengesan bokeh secara terperinci dan menghasilkan potret lebih baik meskipun terdapat lebih daripada seorang dalam imej. Lensa terbaru Vario-SUMMILUX dengan zum optikal 3x dan 5x bagi hibrid menjadi fungsi lensa telefoto pada kamera ketiga P20 dan P20 Pro.

Secara keseluruhannya, P20 dan P20 Pro mempunyai 40GB sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

9. Produktiviti 

Skrin lebar 18.7:9 bagi Mate 10 Pro sudah cukup untuk membaca teks lebih jelas. Bayangkan anda boleh melintangkan fon dan ia akan memaparkan e-mel yang di sebelah kiri menunjukkan senarai e-mel manakala kanan pula mempertontonkan e-mel penuh.

Tidak cukup dengan itu, anda boleh lakukan pemecahan skrin kepada dua, mungkin satu untuk menonton video manakala satu lagi membalas teks rakan anda.

10. Huawei EasyTalk

Sistem mengesan suara ini membolehkan suara anda jelas kedengaran ketika membuat panggilan meskipun dalam keadaan berbisik.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uKjy43

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.