Maut Dihempap Penghentak Cerucuk
Seorang pekerja pembinaan maut selepas dihempap penghentak cerucuk di Kampung Teh di sini, kelmarin. Kejadian jam 3.50 petang itu berlaku ketika lelaki warga Indonesia melakukan kerja menanam cerucuk untuk pembinaan bangunan kelas tambahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Teh di kampung itu.
Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Hermanto, 24, dari Lombok, Indonesia. Katanya, ketika kejadian, mangsa cuba mengalihkan penutup tiang cerucuk itu namun tidak menyedari besi penghentak cerucuk terlepas dari kedudukannya.
“Mangsa yang tidak sempat mengelak dihempap besi itu menyebabkan kepalanya berkecai. Siasatan mendapati besi penghentak cerucuk itu tercabut dari landasannya dan terlepas ketika mangsa kebetulan berada di bawahnya,” katanya.
Jimmy berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah sebelum dituntut majikan serta pihak konsulat Indonesia untuk tindakan selanjutnya. “Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q35y0p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment