Kukuh Segmen Digital
Malaysia Airlines Bhd menampilkan tiga inisiatif digital baru bagi meningkatkan pengalaman pengembaraan pelanggan. Tiga inisiatif digital itu ialah aplikasi mudah alih dikenali MHguardian, MHfeedback dan MHchat.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Arved von zur Muehlen berkata, MHguardian adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan ibu bapa atau penjaga menjejaki perjalanan anak mereka yang mengembara tanpa ditemani keluarga dengan syarikat penerbangan nasional itu.
Beliau berkata, MHfeedback pula aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan berkongsi maklum balas dengan segera mengenai pengalaman mereka dengan Malaysia Airlines. Katanya, inisiatif MHchat membolehkan orang ramai menempah dan membayar tiket melalui medium sosial media Facebook Messenger.
“Penyelesaian digital ini menunjukkan usaha kami memberikan layanan terbaik kepada pelanggan,” katanya pada taklimat perkembangan terkini inisiatif digital Malaysia Airlines di Sepang, semalam.
Aplikasi mudah alih MHGuardian akan dilancarkan pada suku ketiga, MHchat suku kedua dan MHfeedback sudah boleh digunakan. Menurutnya, Malaysia Airlines mempunyai beberapa perkhidmatan lain di laman rasminya seperti servis sewa kereta, tempahan hotel dan takaful.
“Malah, platform beli-belah dalam pesawat iaitu Temptations juga boleh didapati untuk sebarang tempahan secara dalam talian,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q35vSh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment