Adakah MyPPP Bukan Komponen BN Yang Layak Untuk Bertanding?
Secara amnya, Barisan Nasional adalah sebuah gagasan parti yang dianggotai oleh 13 parti utama. Selain UMNO, MCA dan MIC yang menjadi teras kepada Barisan Nasional, Gerakan, MyPPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, LDP, PBRS, UPKO dan PBS turut menganggotai Barisan Nasional yang telah membentuk kerajaan sejak hari pertama negara mengecapi kemerdekaan.
Selama berdekad-dekad, seolah-olah wujud perjanjian bertulis, semua parti komponen akan akur kepada pucuk pimpinan parti dalam segenap aspek, samada keputusan pemilihan calon mahupun pembahagian kerusi untuk ditandingi. Sukar untuk kita melihat sebarang bantahan terbuka mahupun operasi cantas mencantas berlaku. Semuanya dilakukan dengan hasil kompromi dan musyawarah.
Namun begitu, bagi Pilihan Raya Umum ke 14 ini, kelihatan ada beberapa gerakan memburukkan calon yang didapati mendapat pilihan rakyat berbanding sesebuah parti yang mendakwa sesebuah kerusi itu adalah kerusi tradisi yang ditandingi mereka. Salah sebuah kerusi yang paling hangat diperkatakan kini adalah kerusi Parlimen P078 Cameron Highlands.
Secara amnya, sebelum ini, kerusi berkenaan ditandingi oleh MIC yang mana, Datuk Seri S Devamany berjaya memenangi kerusi ini selama dua penggal sebelum legasi ini disambung oleh bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel. Namun, pergolakan dalaman MIC menyaksikan Datuk Seri G Palanivel disingkirkan dan membiarkan kerusi ini seperti "tidak bertuan".
Disinilah munculnya seorang lagi Presiden parti komponen BN, Tan Sri M Kayveas yang turut merupakan anak jati Cameron Highlands ini. Merasakan tanggungjawabnya sebagai anak jati Cameron Highlands, beliau menumpahkan bakti, masa, tenaga dan wang Ringgitnya demi membela dan membantu menyelesaikan begitu banyak masalah penduduk setempat yang seperti hilang tempat mengadu.
Sepanjang lebih 3 tahun beliau menabur khidmat di Cameron Highlands, lebih 600 program dianjurkan oleh MyPPP bagi membolehkan penduduk Cameron Highlands mendekati wakil BN. Beliau sedar, beliau bukanlah Ahli Parlimen mahupun ADUN Tanah Rata mahupun Jelai. Namun disebabkan kesedaran menjaga nama baik BN, beliau lakukan jua walaupun menggunakan wangnya sendiri.
Program yang dianjurkan beliau tidak hanya tertumpu kepada kaum India mahupun Bumiputera semata-mata. Dari Kampung Raja, sehinggalah Ringlet, semua kaum termasuk kaum Cina turut menghadiri program yang dianjurkan oleh MyPPP Bahagian Cameron Highlands.
Melihat akan perkara ini, timbul persoalan, kenapa pula MCA dan MIC Cameron Highlands seolah-olah menyifatkan beliau seperti orang luar dan paling teruk lagi, MyPPP seperti bukan salah sebuah parti komponen yang ada di dalam BN? Kenapa pula mereka mempersoalkan program yang dianjurkan oleh MyPPP yang turut dihadiri oleh kaum Cina terutamanya ahli MCA?
Inilah yang berlaku apabila sebuah portal online menyiarkan satu video klip yang memaparkan bagaimana pihak MCA dan MIC mempertikaikan kehadiran Tan Sri M Kayveas kedalam satu majlis. Mereka mendakwa, itu bukanlah suara akar umbi MCA mahupun MIC dan laporan yang diterbitkan di sebuah akhbar berbahasa Tamil berkenaan adalah tidak tepat.
Mungkin ya, laporan berkenaan tidak mewakili suara kepimpinan MIC dan MCA Cameron Highlands. Namun, mereka harus ingat, keputusan pucuk pimpinan BN bagi menentukan siapa yang paling layak menjadi calon BN di kerusi berkenaan, tidak boleh dipertikaikan lagi walaupun menerusi video klip berkenaan, mereka seolah-olah menidakkan hak pucuk pimpinan tertinggi BN.
Juga perlu diingatkan kepada kedua-dua pemimpin berkenaan, selama 3 tahun kerusi berkenaan ditinggalkan "tidak bertuan" kemanakah mereka menghilang? Selama 3 tahun, lebih 600 program dianjurkan, lebih 10 perkampungan kaum Cina dan perkampungan Orang Asal diredahi oleh MyPPP, kenapa mereka langsung tidak muncul bagi bersama-sama menggerakkan program-program ini?
Adakah mereka menolak MyPPP sebagai salah sebuah komponen BN? Adakah mereka merasakan, kesemua program berkenaan tidak penting? Kemana mereka menghilang sewaktu Orang Asal Cameron Highlands amat memerlukan seorang wakil rakyat yang boleh mendengar rintihan dan masalah mereka?
Ini semua persoalan yang langsung tidak pernah di jawab oleh MIC mahupun MCA sepanjang 3 tahun kerusi yang kononnya milik MIC ini dibiarkan "tidak bertuan". Hari ini, orang yang menggerakkan usaha menjaga nama baik BN dan menyelesaikan masalah penduduk Cameron Highlands di katakan tidak layak menjadi calon untuk kerusi ini? Adakah mereka sedang melawak?
Ini bukan masanya untuk mempertikaikan siapa yang layak untuk menjadi calon. Ini adalah masa untuk menunjukkan solidariti Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14. Andai solidariti ini gagal ditunjukkan dan masih terus berusaha menjahanamkan rakan sendiri, tidak mustahil, kerusi yang kononnya kerusi tradisi MIC ini akan terlepas ketangan DAP.
Siapa yang rugi? Adakah Tan Sri M Kayveas yang rugi? Ya, mungkin beliau akan merasa rugi dari segi tenaga, masa dan wang Ringgit. Namun, pihak yang paling merasa kerugian adalah Barisan Nasional dan Pengerusi BN itu sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Adakah mereka mahu mempersoalkan keputusan Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri?
Video berkenaan boleh disaksikan menerusi link ini https://quik.gopro.com/v/JLZ9iNp7I8/
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uJxFql
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment