DAP Amat Berharap Mahathir Mampu Wujudkan Tsunami Melayu
Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi sekutu rapat mereka di dalam Pakatan Harapan. Manakan tidak, siapa dapat melupakan perseteruan panjang antara Mahathir dan Lim Kit Siang yang bermula sejak 1966 lagi.
Malah, sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri, dua kali Lim Kit Siang dipejarakan. Malah anak Kit Siang, Lim Guan Eng juga turut menerima tempias kekejaman Mahathir dalam melayan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, pelbagai gelaran dan tohmahan dilemparkan oleh Kit Siang dan DAP bagi memburukkan imej Mahathir.
Hari ini, sewaktu usia Mahathir begitu tua, secara tiba-tiba segala dosa Mahathir diampunkan oleh Kit Siang dan DAP. Malah, Mahathir boleh melupakan apa sahaja kata nista yang dilemparkan oleh Kit Siang terhadap dirinya. Lebih hebat lagi, Mahathir dicalonkan DAP sebagai bakal Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kelak.
Timbul persoalan, bagaimana semua ini berlaku? Untuk soalan ini, jawapannya cukup mudah. Secara amnya, di dalam politik, tidak ada lawan yang selamanya lawan dan tidak ada kawan selamanya kawan. Semuanya boleh berubah sekelip mata bergantung kepada kesesuaian.
Inilah yang berlaku terhadap Mahathir, Kit Siang dan DAP. Hakikat yang kesemua mereka tidak dapat nafikan adalah masing-masing mempunyai agenda peribadi dan secara amnya, agenda mereka adalah sama, menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional dan seterusnya membentuk kerajaan.
Bagaimana semua ini boleh dilakukan hasil penggabungan pelik ini? Jawapannya mudah. Mahathir mengharapkan sokongan penuh DAP untuk membolehkannya berkuasa dan seterusnya mencapai agenda peribadinya. Mahathir sedar, DAP mempunyai kuasa penuh terhadap Pakatan Harapan dan atas kuasa inilah yang ditagih Mahathir untuk kembali berkuasa.
Bagi pihak DAP pula, mereka amat mengharapkan Mahathir memainkan peranan untuk menarik seberapa banyak sokongan dari kaum Melayu untuk menyokong Pakatan Harapan yang diketuai sendiri oleh DAP. Paling tidak, tugasan Mahathir adalah untuk memecah belahkan kesepakatan kaum Melayu di negara ini.
DAP amat yakin, sokongan kaum Cina terhadap mereka tidak akan berkurangan. Apa yang merekakurang hari ini adalah sokongan dari kaum Melayu bagi membolehkan DAP mencapai cita-cita mereka yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara Republik berasaskan impian Malaysia Malaysian mereka.
Justeru, DAP terpaksa akur untuk kembali berbaik semula dengan DAP walaupun menyedari, ramai dikalangan akar umbi mereka tidak puas hati dengan pendekatan DAP dan Lim Kit Siang. Apa yang penting buat DAP hari ini adalah meraih seberapa banyak kerusi Parlimen supaya mereka kekal dominan di dalam pakatan pembangkang.
Justeru, dari sinilah impian DAP untuk melihat gelombang tsunami Melayu berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak setelah berjaya membangkitkan tsunami Cina pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. Yang menjadi mangsa adalah kaum Melayu yang terlalu taksub dengan Mahathir yang hari ini secara rasminya telah menjadi hamba DAP.
* Artikel ini diterbitkan pada 3 April 2018
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q4r5pD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment