PRU14: Pertembungan 3 Penjuru Di Parlimen Sibuti
Kerusi parlimen Sibuti mungkin agak tenang sekarang namun kawasan tersebut tetap menjadi tumpuan dengan dijangka pertembungan tiga penjuru bakal berlaku melibatkan Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Memetik laporan The Borneo Post, sumber memberitahu PKR dan PAS kini sudah mula turun padang dan membuk bilik operasi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum.
Walaupun kedua-dua parti tersebut belum mengumumkan calon masing-masing, terdapat khabar angin mengatakan kedua-dua parti akan menurunkan calon bagi menentang BN.
Bagi BN, tiada banyak bayangan mengenai calon yang bakal ditampilkan sama ada kembali menurunkan penyandang Datuk Ahmad Lai Bujang atau mengetengahkan calon baharu.
Ada pihak menyatakan terdapat 10 nama dikemukakan kepada kepimpinan BN peringkat negeri dan pusat untuk pertimbangan.
Malah Ahmad Lai sebelum ini berkata, beliau sedia bertanding tetapi segala keputusan diserahkan kepada kepimpinan BN.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ahmad Lai mempertahakan kerusi parlimen Sibuti selepas mengalahkan Robby @ Muhammad Zaidi Tandang (PAS) dengan majoriti 6,066 undi.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uNinks
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment