Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Ahli Parlimen pembangkang dihalau di Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Ahli Parlimen pembangkang dihalau di Parlimen

KUALA LUMPUR: Empat ahli Parlimen pembangkang yang sedang mengadakan sidang media di ruang legar Parlimen diusir oleh Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Keempat-empat ahli Parlimen itu menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen PKR Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin, dan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong

Abu Zahar ketika itu sedang memasuki ruang legar Parlimen menuju ke Dewan apabila ternampak empat ahli Parlimen tersebut sedang mengadakan sidang media lalu menghampiri mereka dan mengarahkan kesemuanya keluar daripada ruang legar Parlimen.

Empat ahli Parlimen itu akur arahan tersebut dan kemudiannya menyambung sidang media berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar bangunan Parlimen.

Sementara itu dalam Dewan, Abu Zahar menyatakan pendirian bahawa ahli Dewan Rakyat tidak ada hak untuk menggunakan Parlimen ketika Dewan Negara bersidang.

“Saya rasa kalau nak buat sidang media memang tidak ada masalah, tapi apa hak mereka nak gunakan Parlimen? ini bukan persidangan Dewan Rakyat, tidak dibenarkan selain daripada ahli Dewan Negara bagi kenyataan.

“Jangan kacau persidangan Dewan Negara bersidang, begitu juga dengan Dewan Negara, jangan kacau Dewan Rakyat, hormati dewan, itu pendirian saya,” katanya yang dipetik portal bnbbc.com

Beliau juga meminta pihak kawalan keselamatan mengambil maklum perkara tersebut dan tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat memasuki lobi Parlimen ketika Dewan Negara bersidang.

Pendirian tegas Abu Zahar disokong ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Mohamad Ali Rustam yang berpendapat, pembangkang tidak patut mengambil kesempatan menggunakan kemudian sidang media ketika bukan sidang Dewan Rakyat.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VzS72G

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.