Hi! Welcome Back and Stay Tune! Runtuhan teruk Jalan Skait runtuhkan hati pengundi Lingga, calar imej Simoi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Runtuhan teruk Jalan Skait runtuhkan hati pengundi Lingga, calar imej Simoi



By Kay Urana

SRI AMAN: Kerosakan teruk jalan raya yang baharu dinaik taraf di kawasan Skait iaitu di kilometer 15 Sri Aman-Lingga dekat sini yang runtuh akibat hakisan sungai dijangka boleh “meruntuhkan” moral dan sokongan pengundi terhadap penyandang Dewan Undangan Negeri (Dun) Lingga, Simoi Peri.

Mengutip seorang penduduk Kampung Lingga dekat sini, masalah ini menjadi bualan dan kemarahan pengguna jalan raya di kawasan itu, kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
“Apatah lagi ratusan ribu ringgit telah dihabiskan untuk projek ini,” katanya.
Menurut penduduk tersebut, kerosakan jalan yang hampir terputus keseluruhannya itu umpama mulut Bujang Senang yang ternganga menunggu mangsa yang leka.
Kerosakan jalan itu katanya, telah berlaku sejak dua tahun lepas.
“Namun ia masih tidak dibaiki. Sebaliknya penduduk dijanjikan dengan jalan baharu bagi menggantikan Jalan Skait Sri Aman.
Jalan baharu itu kata Simoi pada Februari lalu, dijangka akan siap dalam tempoh enam bulan.
Lawatan tersebut turut disertai Cassidy Morris, jurutera JKR Sri Aman, wakil CMS, ketua jabatan, ketua kaum dan tuai rumah yang berdekatan.
Menurut penduduk, Simoi memberi jaminan bahawa jalan baharu itu akan siap mengikut jadual.
Bagaimanapun kata penduduk lagi, sehingga ke hari ini bayangan jalan alternatif tersebut belum lagi nampak.



Simoi menurut penduduk tersebut lagi, menjanjikan jalan baharu sepanjang 2.2 kilometer dan lebarnya 7 meter yang siap berturap.
Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada jalan negeri yang telah diluluskan peruntukannya oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang menelan kos sebanyak RM5 juta.
Justeru menjelang PRN Ke-11 ini, penduduk dan pengundi Dun Lingga menagih janji tersebut.
Ekoran jalan yang rosak teruk itu, penduduk berhadapan risiko besar apabila melalui kawasan itu pada waktu malam.
Oleh itu, mereka menggesa Simoi pada masa berbaki sebelum pilihan raya ini mengambil inisiatif bijak menimbus runtuhan tersebut, atau membina jambatan sementara bagi memudahkan penduduk untuk menggunakannya.
Kata mereka, setidak-tidaknya dengan tertimbusnya lubang maut itu nanti, Simoi boleh ‘menimbus’ kekecewaan pengundi yang bakal menjadi pemilih pada pilihan raya nanti. 

Sumber : http://sarawakvoice.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.