Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis pantau Full Moon Party di Pulau Perhentian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis pantau Full Moon Party di Pulau Perhentian

khaled,full-party

BESUT: Pihak polis akan bekerjasama dengan beberapa agensi terlibat bagi memantau penganjuran pesta “Full Moon Beach Party” yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian, hari ini dan esok.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata sehingga kini sebanyak lima laporan berhubung penganjuran pesta itu telah dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO Besut.

“Kita pantau aktiviti sebegini dan jika benar penganjuran ini berlaku tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Pesta ‘liar’ yang didakwa akan diadakan di Long Beach, Pulau Perhentian itu dikatakan mendapat sambutan orang ramai termasuk remaja beragama Islam di pulau itu selepas penganjur membuat publisiti dalam laman sosial Facebook dengan menawarkan pakej menarik kepada pengunjung.

Khaled dalam pada itu berkata pihaknya juga telah menjalankan risikan dan siasatan ke atas beberapa buah pusat penginapan di kawasan tapak pesta.

“Setakat ini pemilik pusat penginapan tersebut tidak mengetahui penganjuran pesta tersebut…dan tidak mustahil pihak tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan nama beberapa chalet di kawasan tersebut,” katanya.

Difahamkan sehingga kini tiada sebarang permit dipohon bagi penganjuran pesta itu daripada Majlis Daerah Besut.

-Bernama



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SWGhJK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.