Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli SUPP diarah kunci mulut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli SUPP diarah kunci mulut

mattew

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengeluarkan arahan melarang semua ahli parti membuat kenyataan media tanpa kebenaran kepimpinan pusat, berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Organisasinya, Datuk Matthew Chen berkata, tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang gagal mematuhi arahan tersebut.

“Jika ada yang mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan media, mereka perlu mendapat kebenaran daripada kami.

“Tanpa (kebenaran itu), jika berlaku apa-apa, tindakan disiplin mungkin diambil terhadap mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SUPP, hari ini.

Ditanya jika arahan itu ada kaitan dengan surat terbuka Penolong Ketua Penerangan SUPP, Milton Foo kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Sabtu lalu, jelasnya: “Bukan. Ini adalah peraturan dalam parti.”

Dalam surat itu, Milton menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan Adenan meletakkan calon langsung BN di kerusi tradisi SUPP yang disifatkan memihak kepada satu pihak, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN bagi mendapatkan persetujuan bersama.

Isu itu dianggap selesai, apabila kedua-dua pihak terbabit tidak mahu lagi mengungkit perkara itu, sebaliknya akan menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Pada masa sama, SUPP turut mengarahkan ahli parti menumpukan perhatian kepada 13 kawasan DUN yang ditandingi mereka dan tidak ‘membuat kacau’ di kawasan lain.

“Kami tidak akan membuat kacau di kawasan yang tidak ditandingi SUPP. Tindakan disiplin akan diambil (kepada mereka yang tidak mematuhinya).

“SUPP adalah ahli BN yang sah. Kami patuh kepada arahan BN,” tegasnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada larangan itu merujuk kepada kawasan DUN yang ditandingi calon langsung BN yang mempunyai kaitan dengan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Sebelum ini, Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian menyuarakan kekecewaannya, ekoran beberapa kerusi tradisi parti itu diberikan kepada penyandang yang mempunyai kaitan dengan UPP.

UPP ditubuhkan dua tahun lalu, selepas SUPP dilanda konflik dalaman yang mengakibatkan pemimpinnya, Datuk Seri Wong Soon Koh dan beberapa wakil rakyatnya keluar parti.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rdGRwO

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.