Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP larang Askar,Polis Semenanjung mengundi PRN Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP larang Askar,Polis Semenanjung mengundi PRN Sarawak



KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencabar Adenan dan SPR agar menghalang askar, polis dan mana-mana pengundi awal yang berasal dari Semenanjung untuk mengundi pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 ini. "Jika benar Adenan Satem seorang Ketua Menteri yang memperjuangkan hak autonomi Sarawak, beliau harus menyekat atau menghalang pengundi dari Semenanjung untuk mengundi pada PRN ini", kata Chong. 

Menurut Chong, ini adalah pilihanraya bagi menentukan ADUN Sarawak dan atas sebab itulah mereka (askar dan polis Semenanjung) tidak layak mengundi di Sarawak. 

"Di kawasan saya, DUN Kota Sentosa, seramai lebih kurang 3,000 orang pengundi awal dan ianya meningkat seramai 600 pengundi. 80 peratus daripada mereka adalah dari Semenanjung", tambah beliau. "Bagi kawasan Stakan pula, lebih kurang 40 peratus pengundi adalah daripada golongan askar dari Semenanjung", tegas Chong. "Keadaan ini agak menjejaskan situasi sebenar pengundian di Sarawak kerana cara pengendalian pengundian itu (askar dan polis) tidak telus", kata Chong.


Sumber : www.sarawaklive.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.