Hi! Welcome Back and Stay Tune! Restoran mamak caj aircon disiasat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Restoran mamak caj aircon disiasat

Mohd Roslan Mahayudin

PUTRAJAYA: Pemilik restoran mamak yang mengakui kesilapan apabila pekerjanya mengenakan caj RM10 kepada pelanggan disiasat kerana didapati mengenakan harga makanan kepada pelanggan tidak sama seperti yang dipamer pada papan tanda harga.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementeraian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin berkata, harga makanan di premis itu berbeza-beza dengan harga yang dicetak pada resit makanan.

“Contohnya sup maggie pada menu RM6.50, tetapi pengguna kena bayar RM6.90, harga mi hailam RM6.50, tetapi pelanggan bayar RM7.50,” katanya.

Beliau berkata restoran itu boleh disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mengenakan caj lebih tinggi daripada harga yang tertera pada menu atau papan harga.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, menerusi siasatan yang dibuat, pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur mengaku berlaku kesilapan apabila pekerjanya mengenakan caj RM10 bagi pendingin hawa kepada pelanggan.

Beliau berkata, pemilik restoran di Bangsar itu mengenakan caj tersebut kepada pelanggan yang menempah bilik makan untuk acara tertentu atau yang inginkan privasi dan caj tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.

“Sesetengah restoran ada caj seperti itu bagi pelanggan yang menempah bilik untuk acara tertentu dan ia tidak menyalahi peraturan jika caj tersebut dimaklumkan kepada pelanggan.

“Cuma dalam kes ini kita tidak dapat pastikan sama ada pelanggan terbabit makan di dalam bilik atau di luar bilik kerana kita tidak dapat berjumpa dengannya,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa KPDKK Ke-44 di sini hari ini.

Isu tersebut menjadi viral dan dikecam ramai apabila gambar resit yang bertarikh 15 April yang tertera caj RM10 disebarkan pelanggan di media sosial.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SWGhJN

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.