Che Ta dikecam kerana pakai seluar jeans koyak
PETALING JAYA: Selebriti terkenal, Rozita Che Wan dikecam oleh pengikutnya gara-gara memuat naik sekeping gambar di Instagram menunjukkan dirinya memakai seluar jeans koyak di bahagian lutut.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mendapat kritikan hebat ekoran dalam gambar itu dia mengenakan tudung dan memakai blazer tanpa menampakkan susuk badannya.
Bagaimanapun, cara pemakaiannya itu dilihat tidak kena kerana pada bahagian bawah Che Ta telah menampakkan kulit kakinya.
Ekoran gambar itu, pengikutnya telah membanjiri ruangan komen dan ramai yang menyatakan ia tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah bertudung.
Malah, ada juga yang berpendapat, jika Che Ta memakai legging sekali pun tidak perlu memakai warna yang seakan warna kulit.
Tidak kurang juga sebahagian daripada peminatnya cuba berfikiran positif dengan menyangka ianya hanyalah stokin sehingga wujud pertelingkahan pendapat sesama mereka.
Namun, ada pula yang menganggap gambar itu sudah diedit dan dipalsukan.
Sebelum ini, Che Ta telah menimbulkan kontroversi apabila memakaikan anaknya baju yang tertera gambar anjing.
Susulan itu, dia telah dikritik dengan ramai pengikutnya berasa kecewa dan marah.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Che Ta tampil mempertahankan dirinya apabila memberitahu, ada lapisan legging disebaliknya seluar jeans koyak yang dipakainya itu.
Malah, katanya lagi, sebagai seorang wanita bertudung, dia tahu cara berpakaian yang sesuai.
“Awak rasa saya sudah gila ke nak pakai seluar koyak tetapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini lagi. Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah saya tahu apa yang saya buat, itu yang penting.
“Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka,” katanya kepada m Star Online berhubung cemuhan yang diterimanya akibat memakai seluar jeans koyak,” katanya kepada mStar Online.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/23VaJf9
Post a Comment