Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri pemimpin diminta henti guna beg berjenama kulit haiwan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri pemimpin diminta henti guna beg berjenama kulit haiwan

PETA

KUALA LUMPUR: NGO Antarabangsa, Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) menggesa para isteri pemimpin negara berhenti menggunakan atau menggayakan fesyen beg tangan yang diperbuat daripada kulit haiwan, khususnya burung unta.

Jurucakap PETA, Laura Weyman-Jones berkata penggunaan beg mewah berjenama yang lazimnya menggunakan kulit haiwan boleh mengundang kekejaman terhadap binatang.

“Sekiranya ada isteri pemimpin dalam negara ini menggunakan beg tangan jenama mewah daripada kulit haiwan tersebut, saya minta supaya menghormati fesyen tanpa berlaku kejam pada haiwan.

“Kekejaman tidak sepatutnya berlaku walaupun memilih untuk mengikuti gaya fesyen terkini. Saya minta hentikan penggunaan beg mewah sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas berhimpun di luar butik kedai beg berjenama di pusat beli-belah Pavilion.

Laura berkata demikian ketika diminta pandangannya berhubung isteri-isteri pemimpin negara yang menggunakan beg tangan berjenama yang diperbuat daripada kulit binatang.

Dalam perhimpunan itu, mereka turut membawa lima patung anak burung unta dan pelekad bertulis ‘hentikan jualan kejam kulit burung unta’ yang diletakkan di hadapan butik berjenama.

Sementara itu, pengusaha pembuatan dan penjual beg mewah diminta berhenti daripada terus menjual beg yang dibuat daripada kulit burung unta.

Menurut PETA, terdapat pelbagai jenis fesyen yang boleh direka tanpa menggunakan kulit haiwan.

Sebelum ini AFP melapor seorang pembeli misteri dari Asia berjaya membida melalui telefon sebuah beg mewah daripada kulit buaya bernilai RM820,000 pada harga AS$222,912 (RM865,021.03).

Beg dinamakan ‘Hermes Shiny Fuchsia Porosus Crocodile Diamond Birkin 35’ itu, bertatahkan emas putih 18 karat dan permata.

Manakala sebuah gambar beg berjenama dan gambar isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor membawa beg yang mirip dengan beg berjenama itu telah tersebar meluas.

Bagaimanapun, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor menafikan bahawa beg itu kepunyaan majikannya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1NyKTEq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.