Pendaftaran Palsu Kad SIM Prabayar Meningkat Berhati-Hati Dengan Yang Membuat Salinan MyKad
Beberapa kali sebelum ini kita telah melihat pihak SKMM mengeluarkan kompaun terhadap syarikat telekomunikasi kerana membuat pendaftaran palsu kad SIM prabayar. Nampaknya, ia tidak membendungnya, malah kadar pendaftaran palsu kad SIM prabayar dilihat meningkat dari tahun ke tahun.
Pada tahun 2015 sahaja, sebanyak 89 aduan berkenaan dengan masalah tersebut telah direkodkan, dan untuk dua bulan pertama 2016 ini, sebanyak 14 aduan telah diterima.
Dalam usaha untuk mengatasi masalah pendaftaran kad SIM prabayar palsu ini, pihak Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menasihatkan agar pengguna berhati-hati ketika membuat pendaftaran kad-SIM.
Yang utamanya adalah lebih berhati-hati apabila memberikan maklumat peribadi, terutamanya MyKad. Menurut CFM, penyedia perkhidmatan tidak perlu membuat sebarang salinan MyKad pelanggan ketika pendaftaran, dan hanya memadai dengan membuat pengesahan maklumat pendaftaran yang diberikan pengguna sahaja.
Pengguna juga dinasihatkan untuk menyimpan maklumas seperti tarikh dan waktu kad SIM dibeli dan didaftarkan. Untuk lebih selamat, pastikan anda pergi ke penjual perkhidmatan yang sah sahaja.
Kebiasaannya, apabila pengguna tidak begitu peka, maklumat diri mereka akan digunakan untuk pendaftaran kad-SIM pendatang asing yang lain ataupun turut digunakan untuk aktiviti jenayah yang lain. Oleh kerana itu, hal ini adalah agak serius dan CFM menasihatkan pengguna lebih peka terhadap perkara ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1rdpAE5
Post a Comment