Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anina terima kekalahan tidak akan putus asa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anina terima kekalahan tidak akan putus asa

anina-2

PETALING JAYA: Meskipun permohonannya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung saman pemecatannya ditolak Mahkamah Rayuan, Anina Saadudin tidak akan berhenti setakat itu sahaja.

Bekas ahli UMNO Langkawi itu berkata beliau sedang dalam peringkat perbincangan bersama peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

“Saya menerima keputusan hari ini dengan penuh kegembiraan,” katanya ketika dihubungi FMT, “ketiga-ketiga hakim yang bijaksana telah menyatakan secara zahir dan khusus bahawa saya tidak mempunyai halangan undang-undang (legal impediment) untuk membawa tindakan baru bagi mencabar peruntukan Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966.”

Dari semakan FMT, seksyen itu sering ditafsirkan bahawa keputusan yang dibuat di sesebuah parti politik adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dicabar, disemak semula atau dirayu di mana-mana mahkamah.

Anina dipecat daripada UMNO selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.

Pada 7 Disember tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Bala (kini hakim) membenarkan permohonan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina dengan kos RM5,000.

Anina kemudiannya membuat permohonan ke Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan keputusan tersebut.

Dalam keputusan hari ini, panel tiga hakim diketuai Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Dr Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal secara sebulat suara menolak permohonan Anina selepas berpuas hati bahawa Seksyen 18(C) itu adalah undang-undang yang baik untuk diguna pakai.

Anina berkata pihaknya mahu merebut peluang untuk mencabar peruntukan Seksyen 18(C) yang dibuka oleh Mahkamah Rayuan.

“Kelihatan seolah-olah kekalahan bagi pihak kami adalah sebenarnya kemenangan,” katanya. “Walaubagaimanapun, ia masih dalam perbincangan di pihak saya dan peguam.”

“Peluang ini adalah antara agenda dalam perjuangan kami.”

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rnAzuJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.