Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsep eMac 2106 Mengembalikan Semula Rekaan Klasik Untuk Genarasi Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsep eMac 2106 Mengembalikan Semula Rekaan Klasik Untuk Genarasi Baru

Apple eMac ialah komputer Macintosh pertama yang kami gunakan. Ia diletakkan di makmal multimedia kolej dan digunakan di dalam kelas suntingan video. Rekaan komputer ini pada hemat kami adalah amat cantik dan kemas. Ia dihasilkan dari tahun 2002 hingga 2006 khas untuk kegunaan sektor pendidikan. Ia amat popular di kolej yang menawarkan pengajian multimedia kerana kelihatan cool dan hadir dengan sambungan FireWire terbina untuk  mempercepatkan proses memuat turun video terus dari pita MiniDV. Sudah hampir sedekat ia dihentikan dan digantikan dengan iMac tetapi ramai (termasuk diri kami sendiri) yang masih mahu ia kembali di pasaran.

7Di atas ialah konsep eMac 2016 yang dihasilkan oleh Curbed. Mereka membayangkan bagaimanakah rupa komputer kompak ini sekiranya Apple mahu mengembalikannya ke pasaran. Kerana skrin CRT sudah tidak lagi digunakan, penutup besar pada bahagian belakang eMac tidak lagi diperlukan. Sebaliknya skrin LCD biasa sudah memadai dengan kesemua komponen komputer terletak pada bahagian tapak.

Pembesar suara stereo masih lagi di hadapan di bawah paparan LCD. Talam CDRom yang dahulunya di bahagian hadapan tidak lagi disertakan kerana medium ini sudah boleh dianggap ketinggalan zaman.  Empat pilihan warna diberikan iaitu hitam, putih, biru, perak dan emas merah jambu. sekiranya anda pernah memiliki atau menggunakan eMac suatu ketika dahulu apakah pendapat anda tentang konsep ini?

eMac-2016-concept-780x445



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/26giG0E

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.