Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersihkan semak di sekolah elak insiden dipatuk ular- Rosmah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersihkan semak di sekolah elak insiden dipatuk ular- Rosmah

rosmah,sekolah

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengesa tempat-tempat semak di kawasan sekitar sekolah segera dibersihkan supaya kes melibatkan pelajar sekolah dipatuk ular tidak berulang.

“Kawasan sekolah tidak sepatutnya ada banyak tempat semak. Ini bagi menghindari ular atau binatang merbahaya duduk di situ dan menyerang murid-murid yang berada atau bermain di sekitar kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita di Majlis Pra Pelancaran Persidangan Antarabangsa Permata 2016, di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga meminta supaya guru-guru sentiasa memantau pergerakkan murid-murid sekiranya mengadakan gotong royong lebih-lebih lagi di musim panas yang boleh mengundang haiwan merbahaya itu mencari tempat perlindungan di kawasan seperti itu.

“Jika budak-budak sendiri yang membersihkan kawasan itu, ia harus dipandu bersama guru-guru yang ada. Jangan biarkan kanak-kanak bersendirian di kawasan seperti itu, ia boleh mengundang bahaya,” ujarnya yang juga merupakan Penaung Permata.

Sebelum ini, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim 1, di Pengkalan Chepa meninggal dunia akibat dipatuk ular.
Nuri Nadirah Ruslan, 7, menghembuskan nafas terakhirnya, ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Terbaru, seorang lagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong juga dipatuk ketika beliau berlari mengelilingi padang dalam sesi memanaskan badan untuk kelas Pendidikan Jasmani.

Murid itu bagaimanapun dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Dalam pada itu beliau turut menasihat rakyat agar mengutamakan kesihatan dalam menghadapi cuaca panas yang kian buruk pada masa kini.

“Jangan keluar, main diluar banyak sangat, elak bersiar-siar terlalu kerap, khususnya kanak-kanak.

“Perbanyakan minum air dan kalau boleh duduk dalam rumah atau pejabat bagi mengelak daripada diserang strok haba,” ujarnya lagi.

Fenomena El Nino dilapor menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 peratus hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 hingga 2.0 darjah celsius berbanding hari biasa.

Suhu maksimum di negara ini ketika cuaca panas luar biasa ialah di antara 28.6 dan 35 darjah Celsius manakala semasa hari panas adalah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Malah, cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga bulan Jun ini telah menyebabkan beberapa negeri seperti Kelantan telah mengadakan solat Istisqa’ (memohon hujan) selepas solat Zuhur.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ScJMQe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.