Tony Eusoff Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Bulan Oleh Mahkamah Singapura
SINGAPURA: Mahkamah Singapura hari ini menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas pelakon Malaysia Tony Eusoff kerana memiliki dadah.
Tony, 38, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Laporan berita menyebut pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.
Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lepas.
Turut hadir di mahkamah memberi sokongan ke atas anak kelahiran Sarawak itu adalah penerbit filem Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis termasuk Jehan Miskin.-BERNAMA
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1T14ajo
Post a Comment