Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya akan letak jawatan sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi BN jika UMNO masuk Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya akan letak jawatan sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi BN jika UMNO masuk Sarawak


  KAMEK ANAK SARAWAK   

             
KAMEK SAYANG SARAWAK

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini, menegaskan bahawa beliau akan meletak jawatan sekiranya Umno masuk ke Sarawak.
"Kami tidak mahu Umno masuk ke Sarawak, saya sudah bercakap dengan Presiden Umno (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), dan Umno tidak akan datang ke Sarawak," ujar Adenan, memetik laporan The Borneo Post.
“Mereka boleh datang dan membantu untuk pilihanraya, namun mereka tidak boleh menubuhkan cawangan di Sarawak kerana Barisan Nasional sudah cukup kuat di Sarawak.
“Selagi saya menjadi Ketua Menteri, mereka tidak akan datang ke sini. Jik mereka datang dan membuka cawangan, saya akan letak jawatan,” kata Adenan semasa perjumpaan bersama syarikat pembalakan, Kumpulan Shin Yang Group di Miri, semalam.
Adenan, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak pergi ke Sabah tidak lama dahulu kerana "BN Sabah dalam keadaan lemah" dan menyimpulkan BN di Sarawak sebagai "kukuh".
Sejurus sebelum pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1990, Parti Bersatu Sabah (PBDS) yang kepalai oleh ketua menteri Joseph Pairin Kitingan, meninggalkan perikatan BN. Parti itu kemudiannya memenangi pilihanraya negeri ketiga.
Sejurus selepas kemenangan keempat pada pilihanraya 1994, yang menang dengan majoriti mudah, PBS gagal membentuk kerajaan selepas ahli-ahli parlimen PBS melompat kepada BN.
Umno, yang memasuki Sabah pada tahun berkenaan, mengetuai kerajaan negeri baru di bawah ketua menteri Sakaran Dandai dan sejak itu, menjadi komponen negeri yang dominen.
Sarawak dan Sabah adalah sebahagian empat rakan kongsi saksama dalam perjanjian pembentukan Malaysia tahun 1963, dua yang lain ialah Malaya dan Singapura. Selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1976, perjanjian dengan kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak menjadi persekutuan.
Dianggap 'simpanan tetap' BN, sokongan untuk kerajaan semasa di Sabah dan Sarawak berjaya menghalang kejatuhan perikatan BN dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008 dan 2013.

 Sumber : http://www.malaysiakini.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.