Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanye West Disaman Kerana Dituduh Menipu Mengenai Hak Eksklusif Tidal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanye West Disaman Kerana Dituduh Menipu Mengenai Hak Eksklusif Tidal

Kanye West ialah pemuzik penuh kontroversi abad ini. Beliau pernah mengaku diri beliau sebagai tuhan, penyanyi RAP paling hebat di dunia dan artis dengan gaya fesyen paling menakjubkan. Ketaksuban dan keegoan Kanye ini wujud kerana beliau memang mempunyai bakat muzik yang hebat. Beliau juga adalah artis  pertama yang berjaya mencapai tangga teratas carta di Amerika Syarikat walaupun tidak terjual secara fizikal. Album terbaru beliau The Life of Pablo hanya boleh didengari menerusi perkhidmatan penstriman audio Tidal secara eksklusif selama hampir dua bulan. Kanye sendiri berjanji album ini tidak boleh dibeli secara fizikal ataupun distrim menerusi perkhidmatan lain.

Screen-Shot-2016-04-18-at-11.31.40-AMSegalanya berubah pada 1 April yang lalu apabila ia mula dijual menerusi iTunes dan dimuat turun menerusi laman peribadi beliau. Ia turut boleh distrim menggunakan Google Play Music, Spotify dan Apple Music. Ini menyebabkan Kanye kini disaman oleh Justin Baker-Rhett ,seorang peminat yang terasa tertipu dengan janji Kanye. Beliau mendakwa hak eksklusif penstriman TLOP ini memaksa pengguna melanggan kepada Tidal dimana Kanye mempunyai pegangan saham. Jumlah pengguna Tidal meningkat dari 1 ke 3 Juta dalam masa beberapa minggu selepas TLOP dikeluarkan.

Peminat ini kini menyaman Kanye kerana tidak memenuhi janji dan mahu maklumat kad kredit beliau yang diberikan kepada tidak dipadamkan selama-lamanya. Apakah pendapat anda mengenai kes unik ini? Adakah Justin Baker-Rhett mempunyai hak menyaman Kanye? Ataupun anda tidak peduli kerana masih lagi memuat turun muzik secara haram?



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1QoPqcn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.